Angel Wing Heart

01 December 2014

PERMOHONAN BARU BRIM / KEMASKINI BRIM 2015

Assalammualaikum.
Boleh buat permohonan baru atau kemas kini maklumat BR1M 2015 pada hari ini 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Sila klik link dibawah ini, caranya mudah sahaja, masukkan no kad pengenalan anda tanpa (-) . Kemudian jawab soalan keselamatan yang diberikan. Ingat semula kata kunci yang anda isi dalam borang tahun lepas. Brim Bujang 2015 akan diberikan pada Januari 2015. Manakala Brim bagi yang mempunyai tanggungan akan diberikan secara ansur pada Januari 2015, Mei 2015 & September 2015. RM50 akan ditolak untuk skim khairat kematian.

Ke web Brim 2015 : Klik Sini

12 November 2014

Al-Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa Klang


Assalammualaikum....
Akhirnya dapat gak kami berkumpul ramai-ramai. Kawan satu sekolah menengah... 10 orang je yang diajak.. hahaha. yang kamcing2 jela yer.. Ok, Wani nak cerita kat mana we all makan steamboat. Harga murah sebab baru buka kedai ni di Kampung Jawa, Klang. Landmark kat Masjid Sultan Sulaiman Klang, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau SMK Sri Istana Klang. Nama kedai Al-Fateh Steamboat & Grill . Kalau tahu kedai makan, Nasi Lemak Hj Mad, mesti tahu kewujudan kedai steamboat ni.. Atau taip je kat waze apps, "Lorong Raja Jumaat" mesti ada....


So, far makanan semua fresh dan sedap!! Cuma aiskrim takde kacang, so tak ambil la aiskrim.. hehehe. Dibuka pada pukul 5petang hingga 12 malam sahaja. Kalau nak makan sini, make sure call dulu lah, booking terus nanti takde tempat, full , dah kempunan pulak...




 Lihatlah, betapa sedapnya makanan di sini.. habis licin ooooo...

 BFF saya, nyawa saya, susah senang bersama :)


Ingat senang nak tengok I gelak macam kingkong? hahahaha

Yeahhh! kenyang!!! Perut pun dah berlipat-lipat :)

Untuk pengemar steamboat & grill , info kedai adalah seperti di bawah: 

Al-Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa, Klang
  • 5 petang hingga 12 malam sahaja dibuka
  • No.tel untuk tempahan tempat : 0176300965
  • Harga untuk Dewasa : RM21.90 seorang
  • Harga untuk Kanak-kanak : RM 11.90 seorang
  • Harga untuk Warga Emas 60 tahun ke atas : RM 13.90 seorang
  • Harga Kanak-kanak untuk 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!
  • Facebook : klik sini

Keseluruhannya, Wani bagi 5 bintang! Best!! Cuma kalau waktu kemuncak, parking susah sikit la.... huhuhuhu.... bye

01 October 2014

Percutian Pulau Perhentian Besar SIRI 2


Assalammualaikum...


Selamat datang bulan Oktober!! Dah nak penghujung tahun rupanya kita. Cepat aje masa berlalu ye. hehehe. Agak-agak dah terlaksana ke azam awal tahun 2014 tu? Ha, cepat-cepat kasi berez ye.. Memandang kan banyak sangat gambar, tu yang lambat sikit nak update blog. hehehe. Wani nak bagi pembaca puas hati tengok gambar-gambar masa bercuti di Pulau Perhentian Besar Terengganu hari tu. Kalau ada yang belum lagi baca post entri Wani yang pertama hari tu, boleh baca dulu di link bawah ini ye. hehehe. Nanti pening pulak baca SIRI 2 ni karang.. =D


Hari kedua, pagi tu kami berdua buat aktiviti snorkeling trip di kawasan Perhentian Besar dan Kecil. Harga sangat berbaloi di The Reef Chalets. Korang boleh bandingkan harga di kawasan lain juga. Kalau rajin, bolehlah survey2.




Kami ambil pakej The Rawa Island Trip (special) . Ada 4 check point dalam pakej ni. Seorang RM50 dah termasuk alatan snorkeling. Servis memang tiptop! Kalau tak tahu renang, ada guide yang akan follow korang. So, jangan risau-risau. Datang sini nak cuti-cuti, suka-suka. hihihi! Kalau nak laut cantik, pergi pukul 10 pagi ye. Jom cuci mata tengok gambar-gambar yang Wani ambil kat sana =)

Masa ni atas bot. Nak menuju puncakkk.. Eh, tak. Nak main selam-selamlahhh.. hihihi!

Membiru sangat lautnya!



Ok, sedia nak turun dalam laut. kihkihkih


Cantik kan Ciptaan Allah..... Ikan apa agaknya ni ye.. colorful!


Tengah intai sarang Nemo. heheheh



Terumbu karang

Kawan kita tak dapat join.. Kaki terseliuh.. Dapat neman aje.


Cantik tak Wani snap? hehehe



Muka dah berlengas! Hitam! kihkih Setengah hari snorkeling. fuh!



Terumbu karang masih baby!! hehehe








Sarang Nemo!! Besar nyaaaaa!!



Di PULAU RAWA

Sini port tengok penyu. Besar!!


So, harga kos untuk hari kedua ni, snorkeling seorang RM50 sahaja!!! Makan minum tak termasuk yer!! Pergi snorkeling, jangan lupa bawak roti bagi ikan makan ! Best!!!! Kalau Wani rajin, Wani buat entri ketiga (terakhir di sini) , InsyaAllah yeeee.. hehehee!


 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol