Angel Wing Heart

29 December 2010

SOTONG pilih indonesia?



hahaha.. korang rasa boleh caya ke?? ini atas usaha kita sendiri..bukan menilik yang tak betul camni... heh. Tahniah kat pemain bola malaysia. lepas nie pergi indon nak lawan lagi kan? hope korang wat yang terbaik! jgn gentar dengan semua nie.. dgn laser ke ape.. hishh.. tak elok auw main leser2 nie.. i leser mulut u baru tau.. opss.. maaf.. :)

Pagi ni aku baru terbaca info mengenai sotong ni.. meh baca bawah nie :

JAKARTA: Setelah dua jam menunggu semalam, sotong di akuarium Sea World, Ancol, akhirnya memilih Indonesia untuk memenangi perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF hari ini.

Sotong berkenaan yang mirip Paul, sotong Jerman yang terkenal kerana ramalannya sepanjang Kejohanan Piala Dunia beberapa bulan lalu, mula diperkenalkan kepada orang ramai semalam dan dinamakan Gudel, singkatan kepada Gurita Dewa Laut.


Gudel berada di tabung bendera Indonesia selama 10 saat dan memakan makanan yang disediakan.

Makanan yang berada di tabung Malaysia tidak dimakannya.


Aksi Gudel disiarkan secara langsung menerusi televisyen di Sea World.


Ratusan pengunjung bersorak sambil berteriak ‘Hore’ apabila sotong itu memakan makanan yang diletakkan di bawah tabung Indonesia.

Indonesia tewas 0-3 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Kuasla Lumpur Ahad lalu. - Agensi


TQ KEPADA METRO ONLINE


JANGAN macam2 ye sotong.. nanti aku masak ko jadi camni :

baru kau tau nanti !.. meleleh air liur... hahahaha...

thanks to PAK GOOGLE

BYE! all the best MALAYSIA!!

28 December 2010

Kreatifnya!!!! i likE IT



Tengok2 kat atas tu..cantik kan??comel giler-giler kan?? wahoooo.... kreatif sungguh dia nie.. siap utk dijual lagi... rasa nak beli jew utk hadiah besday membe2 rapat aku..mesti setiap saat dowg asyk pelok then terigt kat aku teros kan?? hahahaha... suke nye.. bantal nie cnfrm soft giler.. n sweett sesangat..




Bantal ni xde jual dipasaran ok? ni hasil jahitan tuan punye blog ni.. ada waktu2 tertentu jew dia boleh pickup order korang..if nak beli la.. hehehe...

price?? aha... RM 35 per each... tak tau lah include postage or exclude postage.. :)

jom2 kita cuci mata dgn bende2 kreatif nie...




19 December 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH !





t
wahh.. ! petang semalam aku pergi jalan2 naik moto dgn adik pompuan aku.. mula2 gi GM klg.. beli brg sket.. pastu tros gi JUSCO bt. tgi KLang nak tgk wayang.. cte tgh hangat skarang ni "hantu kak limah balik rumah" mmg ramai giler org semlm... pehh... nasib aku sempat beli tiket.. hari tu aku miss nk tgk cite nie sebab full.. ni pun aku sipi2 jew... ish. duduk depan lak tu.. hurf D..peh sakit leher aku..hahaha.. tp mmg best lah... 1 panggung asyik gelak tak henti2.. betul weyh !! lawak gile.. nak cite pun payah !.. aku bg 5 bintang lah !! dlm film ni gak.. ade effect sket... ade yg wat dr green/blue screen.. caya lah ! nanti pngarah tu nak wat cite 3D lak.. peh.. kompem best.


tengok lah.. tak rugi... sape yg tension2 tu WAJIB tengok!!!

Lepas hbs jew tg wayang, aku dgn adk aku mkn kat foodcrt.. mkn koew teaw claypot.. adk aku me goreng..aku tak suke mee sizling tu.. hehehe.. sebelum nak gi makan tu.. aku terjumpa dgn supervisor aku keje jusco dgn dia dulu.. wahhh... org cina meh.. igt melayu xde kwn org cina ke?? ;)
dye dh kwen... ade anak dh setahun.. ish... slim lagi... sembang2 dgn dye... lama tak nmpk..rupenye dia tukar ke butik CHEETAH... aku tgh pktikal 8-5ptg.. so, mlm aku igt nak keje.. cari duit sket.. kteowg tukar2 no... dye mcm nak amik aku keje... dye msg je aku nanti kalo ade kosong.. juz pukul 6ptg-10mlm... hehehe... best keje.. ;p

k , lah.. nak dkat kol 10 pagi nih.. nak gi blajar mandu kereta kol 11pg ni... hehhehee.... thn depan dh test..ala...bukan lama dh pun..bulan dpn jew nih.. ish...wish me gud luck kay??

p/s : sambil2 tu..nak promot blogshop aku... jgn lupa tgk kat DILA & SYAZ COLLECTIONS ok??
BYE!

18 December 2010

belajar mandu ^^




Tepat pkul 11 AM , agen memandu kereta dh trpacak kat dpn umah aku.. amik aku terus gi shahbndar utk ajar aku bwk kereta.. maklum la.. aku xtau pape pn pasal kereta nie.. 0 katakan.. sampai sane, dye terus ajar aku basic gear ,klas, brek, mnyk... mula2 round2 dulu 1 litar kat situ.. then, dye ajar aku cara nak parking pulak.. 1st mmg kabut jgk... xgementar tp tkot xigt step.. lepas tu dye tglkan aku sorang2 bwk kereta... fuhh... nk menitik peluh betina aku nie... hhhhhehehee... aku bedal je time parking.. alhamdullilah .igt pun step..ngeh3... byk kali la aku bwk sorg2 keta tu kat litar.. pengajar aku tu pulak laki.. dye masuk opis, ade keje sket..nk dkt kol 1pm , dye pn dtg tgk.. best2!! ;p ade org lain tu, bwk sorng gak.. time park, kene tiang..smpai jatuh... xpela..baru nk belajar cm aku... semua kat situ bkn ade lesen pun.. bnde baru nak belajar kan??hehehe ;p

esok , aku kne bljar lagi...weeee~~ 1hari 2jam.. aku bljr time weekend jew..sebab aku pktikal isnin-ahad... :)

oklah , terpanjang plak story hari nie.. lame dh tak bebel2..hahaha.. 3.3o ni nk gi jalan with my younger sis.. naik moto jew.. membeli belah siket.. maklumlah.. PTPtn dh masyukkk!!! heh. :p


baju ni adew jual.. :)

p/s : KALAU KORANG RAJIN , MEH TGK BLOGSHOP AKU... :) MCM2 ADE JUAL.. SKG NIE TGH SALE TAU... END OF YEAR PROMOTION ! DLM FB , LIKE LAH PAGE SHOP KU.. HEHEHE.. KLIK SINI

04 December 2010

Uncle Seekers kena saman dgn Permaisuri Aisyah?




Korang mesti dah dengar khabar angin ni bukan? Mesti dah tau kenapa uncle ni kena saman dgn permaisuri? Tapi betul ke kesasihan nya tu?? Taknak lah tuduh bukan-bukan dan mengata bukan-bukan. Betul ke mereka bercinta? macam tak percaya je kan ^^ ..apa pun , saya tak nak taip banyak-banyak kat sini.. kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh tengok di sini > OH ARTIS dan UncleSeekers (blog uncle)


P/s : macam-macam terjadi pada dunia sekarang ni.. =_=

KAPAL TERPANJANG


HA... korang nak tau info menarik nie?? kapal terpanjang? bangunan tertinggi?? macam2 info ada di sini.. kalau korang nak tau lbg lanjut lagi lah kan, korang gi di sini > KLIK

Macam2 maklumat korang boleh dapat.. :) tak rugi punye... jom layan....

02 December 2010

BAS HANYA UNTUK WANITA!


BAS RAPIDKL TELAH SEDIAKAN BAS HANYA UTK WANITA!! WAH.. INI SATU BERITA YANG BEST.. SO, TAKDE LAGI LA KES2 CABUL WANITA & JENAYAH2 LAIN YANG MELIBATKAN WANITA YE... NAIKLAH BAS NI. . UNTUK KESELAMATAN ANDA, WAHAI WANITA !

KUALA LUMPUR, (Bernama) - RapidKL telah memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai hari ini hingga 31 Dis.

Menurut kenyataan Bas RapidKL hari ini, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.

Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.

Nescafe 3 in 1 mampu membunuh?

Kawan saya (dah arwah)...... .

dari usia muda.....

pagi nescafe..... 2 X..

petang nescafe....2X. ..

malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .

bengun dari kerusi ........

kaki dia terus patah....

ulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah

non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada

nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring



TAK TAHU LA NAK CAKAP APA. JUST JADIKAN IKTIBAR AJELAH. KALAU TAK PERCAYA, CUBA TANYA DENGAN DOKTOR PEMAKANAN ANDA.

30 November 2010

PRACTICAL TIME! :)


dah 2hari aku menjalani pktikal di BTPN , Shah Alam.. Ok la, takde masalah wat masa nie..harap2 sampai habis pktikal pun takde masalah la yek..amin! ( WAIT !!! BACKGROUND BLOG DAH TUKAR!!! TGK2 ;P )



Nak tau maksud BTPN? BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI ... wah! cikgu ke?? owh tidak!.. dlm nie, adew mcm2 unit.. aku dari jurusan video & filem, kene la masuk bahagian Media.. byk video yg hebat2 , mixer, mcm2 yg aku dh stdy mase sem 2 dulu.. Dowg nak bagi aku edit video mengenai pendidikan nanti...:)

Sekarang nie, semua kakitangan dalam unit Media , gi kursus kat perak & klang.. So, dowg tinggalkan kerja2 utk aku & seorang lg pelajar pktikal dari JB (grafik) .. Aku (video & filem)..

Tiap2 hari ngadap PC & laptop je... pastu main kenyit2 mata dgn buku laporan utk pktikal tuh..:D tak dapat ikot dowg kursus sebab bilik hotel dah full..:( tunggu adew rezeki nanti, aku outstation kay..hahahhaa ;p

Keje ?? macam2 adew.. ingat keje kat kerajaan takde keje nk di bagi ke?? korang silap weyh!

aku capture video , wat rumusan shot gambar2 yang dowg amik (photografi) & pasni, msti kene edit video2.. :D Stdnt dr JB , tak amik jurusan video...dia jurusan grafik.. so, mmg dia terer edit gambar lah kan?? time dia tak phm , aku ajar la..nanti, kalo grafik, dia boleh ajar aku balik kan?? sharing is caring..:)


CAPTURE VIDEO MELALUI CASSETTE RECORDER GV-D1000E PAL

MINI DV YANG KITAORG CAPTURE


IMEJ YG AKU KENE RUMUSKAN (SALAH SATU IMEJ NI.SEBENARNYA BANYAK.1 NEGERI SELANGOR.LETAK 1 JEW KAY..:))

Nak ke tmpt aku keje nie naik motor..so, aku ulang alik la dari klang ke shah alam..dekat je... dlm 20 minit sampai bile aku lalu ikut ALAM IMPIAN & 25 minit aku dah smpai bile aku lalu ikut s.alam.....huaahhahaa... ikut suke la nak lalu mane..;p

ok, nak kongsi gambar2 dgn u'all... cuci2 mata di sinii,... ;D & korang boleh lawat BTPN di sini > BTPN SHAH ALAM


SEBELUM MASUK KEJE, KITA PUNCHCARD DULU ok! :)

________ THE END________

p/s : TAK SABAR NAK PANDU KERETA PULAK :D

26 November 2010

Alhamdullilah...

Jeng-jeng...results dah keluar..& aku berpuas hati sgt2... Lepas nie lepas gi pktikal ..:) hehheehe.. alhamdullilah..nie pun ats sokongan padu dr kwn2,fmly,lctrer & dot.dot.dot... hehehee... thnkz & congrat kat kwn2 aku jgk... hope dpt still and naikkan lagi k... :)

25 November 2010

RAPUNZEL !




Wah..hari ni aku dgn adk aku gi tgk wayang..cite budak2.hahaha.. tapi mmg best sgt...betul...aku tak tipu korang...tak caya??? gi tgk sendiri... cite nye mmg diubah...funny gile... aku bagi 5 bintang utk movie nie... rasa nak cari je DVD Rapunzel .... :)

Cite nye mengenai sekuntum bunga ajaib yg boleh sembuhkan org , cantikkan org & mcm2 lagi la... Ada nenek jahat nie, gunakan bunge tu utk menjadikan dia cantik & muda.. Then , sampai satu hari tu...permaisuri negeri dowg sakit...nak beranak....susah nak beranak la... semua penduduk pergi carik bunga ajaib yg dpt sembuhkan org tu... Si nenek tua nie pulak nak sorok bunge tu tapi gagal.. dowg dpt jumpe..then bagi kat queen tu...

so, selamatlah queen tu & dpt baby pompuan yg cntk & comel... kebahagiaan dowg tak lama...
Nenek tua tu nak amik rambut si puteri (masih baby) ..bila die potong je rambut bby tu, rmbut yg dipotong mati...xjadi ajaib... so, nenek tu culik baby nie......

Sian kat queen & king... sebab tak dpt jmpe anak dowg dah... sampai 18thn... mcm aku ckp, cte nye berubah... ttg rambut ajaib yg boleh cntikkan org... bile puteri tu menyanyi... nenek tua nie pulak, jaga ptri ni dgn penuh ksh syg..baik gile nenek nie...dia jadi mude & cntik bile dpt aura dr rmbut ptri nie.. ptri ni pulak igt si nenek tua ni Mak dia..


So, ptri pun syg kat nenek nie... So, korang tgk la movie nie..aku malas nak cakap byk2... tp mmg best lah! lagi gelagat si kuda dgn sesumpah..LAWAK gile... :)



Aku nak share gambar-gambar aku gi kuar jenjalan...hahahhaa.... naik moto dgn adk aku...biasalah..aku kan Minah rempit...euuuuwww!!! ;p


makin GEMOK KAH AKU??

TIME UTK MAKAN KFC!!

adik Ku.... :)


23 November 2010

Ayah!! :(


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?


Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?


Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....


Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamumengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasaberharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...


Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?


Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"


Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.


Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.


Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...


Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yangtidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya....Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


Ana mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika ana berkongsinya kepada sahabat-sahabat ana yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papi kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.wallahu a'alam 

21 November 2010

HARIMAU BIRU!


Hai. Salam utk blogger semua. Hihihi. Hari ni baru nak update blog. Jgn Tak tau, aku dah ubah background! Jom lah tgk2..;p Aku nak citer pasal HARIMAU BIRU. KOrang tau tak sejenis haiwan ni? mesti tau kan... Benda ni aku syg sgt2.. tanpa nya aku tak dpt nak kuar gi memane..hahaha.. Moto Skutter aku lah syg oi! :)

Petang semalam aku rajin gile basuh motor kesayangan aku. Walhal motor ni ayah aku yg punya. ;p Aku nak basuh sebab aku nak guna motor ni gi pktikal kat shah alam 29.November.2010 ni.. ( aduh! gelisahnya. Sorang2 lak gi pktikal) LOL. Korang doakanlah yg terbaik utk aku ok. Syg korang! muahahaha... Jom tengok gambar2 aku upload. hahaha. sempat lagi snap picture...:p
Sebelum

Sempat Lagi !!


Gunakan ini bagi tiger kuat & sihat ! :p


Selepas


TAdaaa!!! aku dh dpt surat latihan industri & akan lapor diri hujung bulan novmber ni...:)

Eheemm2 ...mentang2 lah korang dah ada lesen kereta..aku yg si ketot ni pun nak amik gak lah! ;p Dah dftr utk amik lesen bulan nie..So, sabtu depan aku gi teori 6jam jela eyh...hihihi...


Macam kau sorang je nak amik lesen, Wani!

Hahahhaa... Oklah. aku pun malas nak taip byk2 & omel byk2.. psssstt.. petang ni, aku nak gi main layang2 di mana?? adew ler.. huahahhaa... i love u syg. (eh, tetibe lak statement ni! )

19 November 2010

MimiK Muka Contest!



Salam. Aku terbaca pasal contest ni kat satu blog . Pemilik blog ni pun lawa & comel! hehe.. Ok, Dia buat contest utk semua blogger. Aku nak join. So , aku pun nak ajak korang semua join contest ni..hihihi.. NI pasal mimik muke korang. Tak kesahlah Sorang2 atau ramai2.. So, join it ok? utk suke2 pun tak pe..;p Jgn lupa baca syarat2 nye kat bwh nie.. :) link ke blog ni ialah 6 September (klik) .

Bawah ni Gambar aku pertaruhkan.. (hahaha)

  1. Gambar aku dgn kawan-kawan (aku berbaju merah tepi kiri sekali-hujung)
  2. Masa ni kitaorg tgh shooting . Tolong senior2 kami, So tgkp gmbr kenangan kat jongkang-jongkit..hehhe..
  3. Persahabatan itu amat penting bagi aku.. ^-^
Ok, bawah ni, aku tag kwn blogger :) >
so, syarat2 penyertaan:

1. blogger yang berwarganegara malaysia sahaja. either laki or perempuan. dua2 leh join contest ni.

2. mesti menjadi follower kat blog cik cikin tau! senang korang nak tau sape pemenang kan? takut2 juga if due date ditukarkan k. ^^

3. dah tengok tajuk contest ni pun, sure tau nak letak pic ape kan? tak kisah la gaya ape sekalipun. but, mimik muka yang paling menarik, akan menjadi pemenang!

4. buat la entry pasal contest nie. cite la pasal picture korang.

5. picture mesti la gambar korang sendiri. bukan gambar mana2 artis lak! tak kisah la if gambar sorang2 or ramai2. if nak edit ke, or nak combine banyak2 pictures pun boleh. ikut la creativiti masing2. ^^v

6. tak kisah pakai ape2, asalkan tidak keterlaluan k. kena jaga adab n tatasusila juga rite? ^^

7. lepas dah buat entry pasal contest ni, jangan lupa pula post kan link entry korang kat comment bawah ni.

8. ouh yer, jangan lupa letakkan banner kat atas tu, pada sidebar blog korang k. n make sure link kan ke entry contest ni k!

9. tarikh tutup adalah pada : 25 DISEMBER 2010

10. hadiah misteri menanti anda! jangan risau, hadiah memang menarik! dan hadiah akan di pos selepas nama pemenang di umumkan!

11. tag contest ini kepada 3 sahabat anda! if lagi ramai, lagi better rite?

so, sebarang pertanyaan, leh tanya kat tempat comment k! muah3! ^^v

SELAMAT MENCUBA!!!

16 November 2010

Memori Di majalah..




Majalah Yezz! tapi bukan yg nie..Edisi 2007
(majalah aku dah hilang. Sempat gunting cover aku tu je)


Tahun 2007 , aku join untuk satu ruangan 'GAYA' dalam majalah YEZZ Karangkraf. Haha. benda ni saje utk suke2 je. Tak sangka lak aku dapat kan. Masa ni aku tingkatan 4 lagi. 17thn. Biasalah, majalah ni pun utk budak 13-17thn jer. Aku mmg minat bab2 modeling, minat pose. tapi aku ni ketot. hahahaha. pakai kst tggi jela ye cik Wani oi. ;)


Masa aku gi tmpt Karangkraf , aku kena makeup. Fuh, first time aku masuk studio utk amik gmbr. Aku jumpe Alif Aziz , dgn Fauziah Gous, peserta Af (aku tak igt sebab tak minat sgt AF) ; Alif Aziz mmg tinggi gila. Tak sangka. Rasa kerdil je diriku..hahaha. Tak kesah la semua tu. Aku tak minat sgt makeup yg diaorg wat kat face aku. TEBAL . Tak sesuai dgn muke aku.. Rasa cam pelik je.. aduyai. Nak wat cmne kan.



Banyak pose yg diaowg amik, tapi gambar ni jela aku minat & suke ^-^ ... yg lain BURUK la... malu. =_= . Jangan tak tau, aku dpt bayaran utk pose ni. Alhamdullilah. Berapa ? Rahsia. HAHA.

SEBELUM


SELEPAS

sORry , gambar x ter'urus. Ni scan. Sebab dari majalah kan. So, tak berapa nak nampak. Sebenarnya byk. Tapi aku buang sebab tak lawa. hahaha. teruk zaman kanak2 nie. cam bebudak je perangai kan? ;p Kalau korang gi pameran buku kat PWTC , of coz kumpulan karangkraf jual buku & majalah2 lama balik.. mesti ade. hehehe. ;p
Benda ni aku tak bgtahu kwn2 pun. haha. syuuuhhh..senyap sudah. ;p

Ok, ini saja entry utk hari ni, Bye2 & Salam Aidiladha

9 Ayat Membunuh Dari Mulut Wanita

Bila seorang wanita meluahkan kata-kata ini , maka berhati-hatilah dan capailah apa yang sebenarnya ada dalam hati mereka. Jadilah lelaki yang memahami teman, kekasih, isteri dan semua wanita di dunia ini. Mereka harus dicintai

Saya share dari website ' Oh Dara'

UNSTOPPABLE



MY BESTIES ( LOve U so Much) hihihi



Hihihi. Ptg tadi, aku hangout dgn my besties aku Dila . Sebab dah terlalu bosan time cuti sem ni, aku yg KAKI WAYANG mengajak dila gi tgk wayang kat Jusco Bt. Tinggi Klang. Meh, dtg sini. Tmpt ni mmg besar pun. :) Jln jem tak usah cakap la. Biase la tu kan. Aku pe lagi, siap2, makeup semua, then dtg umah dila amik dia naik motor skot aku. Aku yg bawak. Otw balik tgk wayang, dila pulak bwk. hee. :)

Sampai sane, kejap jew. tak jauh dr umah kitaorg pun. Tak gi Jusco Bt . Raja . tempat kecik. xbest. hehee. ;p Then , kitaorg gi pejabat pos yg adew dlm jusco ni. hee. aku kuarkan duit dlm ASB aku. Nak buat lesen kereta lah!.. ;p

Kitaorg pun gi ats , nak beli tiket wayng. Dila pilih citer Unstoppable ni. Mcm Syok je. Sebab aksi. mestilah kan. Tengok2 , strt pukul 4.50 p.m , ada masa sejam lg. Perut dh berbunyi2, gi mkn2 dulu. Rilex. Cuci2 mata kejap. window shping je. Haha.

Tepat pukul 5p.m !!! Pe lagi, ktowg pun gi tgk wayang tu. Masuk, siap nak bergambar2 lg. heheh..

Filem ini mengisahkan percubaan dua lelaki, seorang jurutera veteran (Washington) dan seorang lagi pemandu muda (Pine), untuk menghentikan sebuah kereta api tanpa pemandu dipenuhi bahan toksik dikenali sebagai The Beast, yang bergerak laju di kawasan desa.
Kedua-duanya cuba mengelakkan insiden lebih buruk berlaku seandainya kenderaan terbabit memasuki daerah yang penuh dengan manusia. Dengan menaiki kereta api lain, mereka cuba untuk menghentikan The Beast, menggunakan segala kudrat dan kebijaksanaan yang ada.
Ada aksi yg mmg betul2 mendebarkan. effect yg digunakan dalam filem ni pun sgt2 aku teruja. HAHA. cuma cameraman byk membuat pelbagai shot yg terbaik.

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol