Angel Wing Heart

27 July 2016

Cara pengeluaran KWSP untuk pembayaran PTPTN


Assalammualaikum....


Hari ni nak cerita pasal pengeluaran KWSP melalui Akaun 2 untuk Pendidikan. Bukan untuk Enjoy ok. hahaha. Sekarang lagi mudah nak keluarkan berbanding tahun-tahun sebelum ni... Tak perlu dah nak dokumen perjanjian semua tu lagi... Tak perlu dah  bayar RM90 kalau dokumen tu takde.... FREE JE... Bayar Hutang je TAK FREE.. HAHAHA!
Kali ni servis tiptop... terbaiklah PTPTN Shah Alam. hahahaha.

Wani ceritakan step mudah untuk bayar :

  1. Pastikan Akaun 2 KWSP korang ada duit la ye. hehehe. (boleh semak dengan KWSP / i-akaun KWSP)
  2. Ini Penting : WAJIB ada i-akaun KWSP okay. Kalau tak, macamana nak buat sistem online. Untuk aktifkan i-akaun KWSP ni, boleh pergi cawangan KWSP ataupun call : 03-8922 6000. Wani call je. Lagi mudahkan. Apa tu i-akaun ? Boleh baca sini : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/faq/i-akaun 
  3. Pergi Kaunter PTPTN terdekat. Ambil borang Pembiayaan melalui KWSP & ambil No.giliran. (Pastikan bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)
  4. Lepas no dipanggil tu, Pegawai akan uruskan. Dia akan tanya, berapa jumlah yang korang nak keluarkan dari KWSP. 
  5. Dah settel bahagian PTPTN, tunggu pulak dalam seminggu panggilan dari KWSP pulak. Korang akan dapat SMS ini :



    (Dokumen wajib bawa salinan & sijil asal belajar , transkrip & IC)

    6) Alhamdullilah, selesai dah kan.... huhuhu



    Borang Penamaan atas tu, Wani ambil sendiri... Nak letak penama waris Wani... huhuhu.. Boleh 6 orang jadi penama... Ikut kita nak letak berapa % penama tu dapat...

    Ok, semoga bermanfaat! Bye2....



20 July 2016

Pemenang Bertuah GiveAway by Syazwani Mazlan 2016

Assalammualaikum....

Maaf lambat update berkenaan pemenang giveaway ini... Minggu yang busy. Banyak tender nak kena siapkan  pulak.. Masa pun takde sangat.. hahahaha... Ni barula curi-curi masa sikit update blog... Preparation hal kahwin pun belum lagi settel.. hahaha... ingatkan lama la lagi masa... pejam celik dah tinggal berapa bulan je.. huhuhu.. moga dimudahkan nanti...Korang pun doakan untuk Wani ok? =)

Wani dah pilih 3 Pemenang Bertuah Giveaway ni... Tahniah!! Minta emelkan pada Wani details korang seperti Nama Penuh, No.tel & Alamat ke emel : syazwanimazlan@yahoo.com.my  

Pemenang mestilah berikan details tersebut sebelum 1 Ogos 2016. Jika tidak, hadiah akan diberikan kepada pemenang baru.

Tahniah!
1) http://sotskirt.blogspot.com/2016/06/giveaway-by-syazwani-mazlan-2016.html
2) http://theathra.blogspot.my/2016/06/giveaway-by-syazwani-mazlan-2016.html
3) http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/07/giveaway-by-syazwani-mazlan-2016.html


 

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol