Angel Wing Heart

30 May 2016

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Klang, Selangor

Assalammualaikum...


Pernah dengar tak Restoran Nasi Kukus Sotong Besar? Dari hari tu lagi nak pergi tapi semalam baru berkesempatan nak cuba makan di Restoran ni... huhuhu.. Mesti korang pernah dengar restoran ni dah viral jugak ler.... Yang penting korang kena cuba dulu baru tahuuuu!


Hari Selasa sahaja restoran ni ditutup ye ibuk3 bapak3... Dibuka pada pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Kalau taknak pack waktu malam, datang la waktu petang macam wani pergi ni... Orang tetap ada, tapi takdelah ekau nak tunggu berjam untuk duduk kat kerusi restoran tu ha.. hihihi.. Kedai ni nak tahu landmark nya, belakang AEON BIG JALAN KAPAR atau laluan BATU BELAH KLANG... Ala.... waze kan hadooo. apa guna handphone mahal-mahal... hahahaha!

Lagi satu, jangan nak macam diva tunggu waiter ambil order korang. hahaha! silap besar la kalau dok menunggu waiter, tapi boleh plak nak komen2 negatif kat facebook. haahhaa. Order kena datang di kaunter ye... & terus bayar. Masa Wani pergi ni, servis okay je.. tak lama pun menunggu. Lain orang, lainlah nasib!! hehehe. 




Masa untuk menambahkan lemak adik... hahaha

Sotong mmg besar2 wehhhh. sedap.. ranggup.. huhuhu... Nak order sotong sahaja tanpa set nasi kukus pun boleh.... Kambing pun sedap gak... Sambal macam kicap2, bukan bbq sos... Kat sini, macam-macam menu ada, kalau taknak perkena sotong, cubala makan ayam berempah ke... char keuw teau ada waktu malam je tak silap wani. huhuhu. Sebab adik wani order, takde plak menu tu.


Antara Menu yang ada di sini... Gambar Menu ni kredit pada tuan punya blog ye...
Tak sempat nak ambil gambar Menu huhuh





Rugi besar laaaa kalau orang Klang atau Shah Alam tak cuba.. dekat je punnn.... Pakat-pakat la bawa family masing-masing makan sini besarkan perut.. kikikiki.. 
Nah, alamat :

RESTORAN NASI KUKUS SOTONG BESAR

No.2 Tingkat Bawah,Kristal Klang Commercial Centre,Jalan Harmoni 1A/KU3
41050 Klang Selangor
Tel:03-33588255
SELASA TUTUP
BUKA : 11.30 PAGI - 11.30 MALAM
LANMARK: BATU BELAH KLANG / AEON BIG JALAN KAPAR



05 May 2016

TonyMoly: Tetap cantik di musim panas!

Assalammualaikum,


Di saat negara kita, Malaysia yang melanda musim panas dan kemarau, penjagaan rapi untuk kulit harus dititikberatkan. Oleh itu, Wani ada beberapa tips penjagaan/merawat kulit pada musim panas dengan menggunakan produk dari TonyMoly!



Apa itu TonyMoly? TONYMOLY adalah salah satu jenama kosmetik global yang menawarkan rupa kulit menawan. Tony bermakna menawan, bergaya dalam bahasa Inggeris. Moly pula bermakna bekas Jepun yang membawa semua perkara untuk bergaya. Jom, baca tips untuk cantik di musim panas ini supaya kulit tidak kering dan kusam.

Skrub:


Untuk membuang sel-sel kulit mati di wajah akibat cuaca yang tidak menentu, boleh gunakan produk skrub ini yang terdapat dalam laman web TonyMoly iaitu Peeling Me Aloe Soothing Peeling Gel. Wajah akan kelihatan lebih lembap dan remaja!







Pencuci Muka : 


Tips seterusnya ialah menggunakan pencuci muka Aquaporin Moisture Foam Cleanser. Produk ini kaya dengan mikro buih yang akan membersihkan kulit tanpa mengambil kelembapan semulajadi kulit anda!



Toner:


Selepas menggunakan pencuci muka, langkah seterusnya untuk mengekalkan keseimbangan dan kawalan kelembapan kulit, anda perlu menggunakan Aquaporin Opening toner ini.




Pelembap:

Pelembap muka amat dititikberatkan bagi mengekalkan kelembapan wajah anda ketika cuaca panas dan tidak menentu ini agar kulit tidak kering dan kusam. Anda perlu menggunakan pelembap Goat Milk Emulsion, wangian lembut emulsi adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Melembapkan & melindungi kulit rosak.

Bedak :

Step seterusnya, anda wajib memakai bedak yang sangat unik ini daripada TonyMoly iaitu : Luminous Perfume Face Powder. Bedak ini dalam tekstur yang halus dan wangian yang boleh membuatkan aroma terapi diri anda. Kalau masam-masam, nak berlaga pipi pun tak perlu risau dah sebab dah sememangnya bedak ini memberikan efek wangi & menjadikan kulit anda licin bak sutera... 


powder_luminous perfume powder






Pewarna Bibir :


Pewarna bibir juga perlu agar bibir sentiasa lembap dan bermaya. Tak elok kalau dibiarkan kering je.. Bagi warna sikit untuk kelihatan lebih menarik dan berkeyakinan dalam membuat pelbagai urusan diluar. Wani cadangkan, gunakan pewarna bibir ini iaitu Delight Sweet Stick dalam pelbagai versi warna kegemaran anda...


Pembayang Mata :


Akhir sekali, untuk menambahkan keserian wajah anda, oleskan pembayang mata (eyeshadow) untuk kelihatan lebih bermaya dan segar. Anda boleh gunakan produk ini iaitu The Stage Eyetone Multi Pallete 1. Kesan makeup juga tahan lama dan berkualiti!




Ha, mudah je kan kalau nak kulit wajah berseri-seri bila tibanya musim panas/kemarau di sini. Jadi, nak tunggu apa lagi? Cepat ke website TonyMoly Cosmetics sekarang!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol