Angel Wing Heart

22 December 2015

Percutian di Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai Perak

Assalammualaikum...

Hujung-hujung tahun macamni, macam biasalah keluarga belah mak buat family day setiap tahun.. So tahun 2015 ni kami decide pergi bercuti berjemaah ke Felda Residence Hot Spring , Sungai Klah, Sungkai Perak. Pertama kali jejak kaki ke sini. Tapi ayah,mak dengan adik dah pernah ler bercuti sini.. Masa tu Wani tengah kerja, so tak dapat lah nak together. hehehe. 



Hahaha, gadis sangat Wani pakai skirt gini :')

Kami mulakan perjalanan dalam pukul 10.30 pagi, tapi disebabkan berkumpul dekat RnR Rawang, so tolak-tolak masa, dalam pukul 12 lebih jugak la baru ke sungkai perak. Sebelum sampai ke Hotspring Sungkai tu, kami berhenti makan tenghari dekat Nasi Bamboo Sg. Klah, Perak. Gerai ni tepi jalan je.. Kalau nampak suasana meriah sangat tu, ha.. tu la dia gerainya.. Sangat unik sebab nasi ada dua jenis pilihan, 1) Nasi Bamboo (nasi dalam buluh) 2) Nasi bakar (nasi putih dibakar dalam daun). Wani tak pasti la pulak daun apa dia guna.. Nak kata daun kunyit, bukan. Wani cakap daun hutan jela, boleh ke camtu? hahaha.



Macam-macam makanan ada, kambing bakar, udang galah, ikan patin, pari bakar, ikan bakar, ulam2.. yummy... ala-ala kampung makanan memang favourite...


Orang ramai tak putus-putus datang makan sini... puas hati



Uniknya, makanan yang diambil semua kena letak dalam talam. Self Service kalau nak makan kat sini





Sampai je kat Felda Residence Hotspring Sungai Klah, terus je kami checkin masuk.. kat sini ada dua tempat penginapan, 1) Chalet 2) Villa. Kami menginap di Villa selama 3 hari 2 malam. Meh, nak tunjuk bangunan chalet & villa kami menginap :)


Ini bangunan chalet. Untuk yang tak ramai macam kami, atau satu family je nak bercuti, wani cadangkan korang check in chalet je . chalet dekat dengan cafe.


Dekat Reception, korang boleh sewa basikal. Yela, suasana kampung, memang syok la kayuh2 basikal petang-petang..


Selain tu, boleh jugak bagi anak-anak ikan makan. =p makanan ikan tu RM1 je..





Jeng-jeng... Villa 16 ni la kami menginap. Yang bestnya Villa ni , ada jakuzi sebuah setiap villa ... syok aih... malam-malam boleh lompat masuk. hahaha. Kawasan villa pun nyaman, tenang dan luas sangat... Villa ni ada 3 bilik tidur. Setiap bilik ada toilet masing-masing, ada dapur, semua alatan lengkap, periuk nasi, kuali, iron pun ada wehhh. hahaha. Meh, tengok-tengok gambar dalam villa kami menginap ni :)










Sangat-sangat selesa!!




Alololo.. suka sangat ni Aryan... hehehe. Air dalam jakuzi ni suam-suam. tak sejuk dan tak panas =)



Jom tengok bilik air macamana pulak... 


Ada tab, bolehlah nak berendam macam badak air. hahaha


Takde kerja nak selfie dalam tandas. hahahaha :') Beg pun tak sempat-sempat nak letak. Rindu nak update blog punya pasal. hahahaha


Luas sangat... boleh main lari-lari anak dalam tandas ni. hahahahaha



Petang tu, kami buat BBQ. Tempat BBQ memang dah disediakan. Berdekatan dengan Villa kami. Tapi Wani rasa, lagi syok kalau tempat BBQ tu ada dalam kawasan villa. Villa pun luas jugak.. Ni kena berjalan kaki la sikit sambil angkut2 barang BBQ hahaha.






Oklah, sinki pun banyak tersedia kat kawasan BBQ ni.. Sangat memudahkan..


Esok paginya, kami makan dekat Cafe dalam Felda Residence Hot Spring ni je.. Cafe berdekatan dengan reception & chalet.. 


Lepas je makan, kami semua terus pergi ke kolam taman tema yang ada dalam kawasan ni. banyak juga tempat yang boleh mandi-mandi.. hehehe. Satu tempat ni airnya macam biasa je.. sejuk... macam taman tema tempat-tempat lain jugak..



Kalau korang yang tak menginap sini, boleh je datang untuk mandi & berendam kaki kat kolam air panas ni..

Harga:

  • Dewasa RM12
  • Kanak-kanak RM10
  • Warga Emas RM7
  • OKU RM2

Dalam kawasan ni, semua ada. tandas, gerai-gerai makan.. so, tak perlu risau lah.. tapi nak bawa tikar pun boleh.. 



Kat sini air suam-suam.. sesuai untuk family mandi-mandi.. air pun cetek je...


Suka Aryan dapat mandi =)



Kalau rasa nak privasi, boleh cuba jakuzi kt sini . Harga tu wani tak ushar pulak.. hehehe


Next ! Terapi! sini tempat-tempat nak terapi.. rendam kaki & berendam pun boleh.. kena tengok suhu-suhu yang bersesuaian.. Kolam air panas kat sini semuanya semulajadi tau! Tips nak rendam kaki, korang terus je rendam kaki, jangan banyak bergerak kaki tu, kalau tak memang rasa macam melecur. hahahaha :')


Berasap-asap... berpeluh-peluh rendam kaki kat sini.. hehehe


Nak berendam pun boleh... 


Meriah bila hari minggu. Kalau taknak ramai orang, pergilah pepagi. hehehe




Jangan sangka air ni sejuk.. kihkihkih.. Rasa melecurrr kalau gerakkan kaki.. kihkih.


Hahaha. Sekali sekala buat aktiviti rebus telur. ala kat rumah buat guna gas, yang ni rebus dalam air panas semulajadi.. hehehe


Satu mangkuk telur tu harga RM5. Ada 6 biji dragon ball semuanyaaa. ehh.. telur ayam. hahaha. Kicap masin & lada sulah dah disediakan..



Tengah main masak-masak ni. hahahaha




Hahaha, selfie dengan telur ayam. hahahaha.


Meja kerusi banyak kat sini.. sinki pun ada, makan santai-santai macamni best :)

Sebelum balik, wajiblah tangkap gambar dekat kawasan villa ni.. Bestnya kalau ada taman macamni kat rumah.. hahahaha..






Ada dua family lagi yang tak masuk gambar.. Takpelah, next year boleh bergambar sesama lagi. hehehe


Amacam? Excited tak nak pergi sini? Wani bagi 5 bintang untuk Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai Perak. Next year, ke manakah kita..... Selamat bercuti Malaysia!

P/S: Dah rasa macam album gambar pulak.. hehehe


Nak menginap sini? boleh rujuk link kat bawah ini serta harga ok?

http://www.cuti.my/hotel/info/id/3213/Malaysia/Perak/hotel/Felda-Residence-Hot-Springs/
http://www.agoda.com/ms-my/felda-residence-hot-spring/hotel/ipoh-my.html
http://www.booking.com/hotel/my/felda-residence-hot-springs.ms.html

3 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol