Angel Wing Heart

17 June 2014

Cerita Cinta sepanjang Jun 2014

Assalammualaikum....

Alhamdullilah, sepanjang bulan Jun 2014 ini, ramai kawan Wani yang meniti hari-hari bahagia mereka. Tahniah Wani ucapkan. Semoga kebahagiaan itu, milik anda selamanya.... Amin!

31 Mei 2014 (SABTU) - Majlis Perkahwinan Kakak sahabat Wani, Noradilah.

Tahniah Angah dan Suami


1 JUN 2014 (AHAD) - Majlis Pernikahan Diyana Atiqah BT Rosman . Sahabat Wani masa Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa , Klang Selangor dan sekelas dari tingkatan 1-5. Tahniah sayang. Impian Cinta yang kau cari dah tercapai. hihihi




1 JUN 2014 (AHAD) - Hari yang sama juga, sempat Wani hadirkan diri ke Majlis Perkahwinan Hafiah dan Suami. Kawan masa sekolah menengah juga tapi tak berapa kenal rapat. hihihi. Terima Kasih jemput =)


7 JUN 2014 (SABTU) - Majlis Pertunangan Syima dan bakal suaminya. Sahabat Wani juga dari zaman Sekolah Menengah tingkatan 4-5. hihihi. Tahniah Syima. Kenduri nanti jangan lupa jemput lagi... =)








8 JUN 2014 (AHAD) - Majlis Perkahwinan Anizah dan Jefri. Mereka bercinta dari zaman sekolah menengah, tak silap dari tingkatan 1 atau tingkat 2 hingga ke jinjang pelamin .... Alhamdullilah... Semoga bahagia ke anak cucu. Amin. Sahabat wani dari sekolah menengah juga.. hehehe.

 Gambar pengantin dari tetamu pengantin di Facebook. Sorry tak sempat nak bergambar bersama


 Petang dari kenduri Anizah, Wani ziarah kawan Wani dari Politeknik yang baru sahaja dapat cahaya mata yang cantik ni... Tahniah Fatihah Hassan. Jaga anugerah Allah baik-baik ye... =)



Assalammualaikum Nur Qaisara Aleesya... Semoga jadi anak yang baik ye...

KENDURI YANG TAK DAPAT HADIR............ :



 Majlis Kahwin Kak Ain dan pasangan. Kak Ain roomate Wani masa di Unisel dulu. Tahniah kak.. sorry tak dapat datang.. heheehe


Akhir sekali Majlis Kahwin Zahidah , pernah sekelas dengan dia dulu. Dia ni nakal sikit. bahahaha! Kahwin jugak akhirnya. Tahniah weh! And so sorry sebab aku tak dapat datang...

Next? Siapa pulak? Rasanya makin ramai yang naik pelamin atau bertunang hujung tahun ni dan tahun depan.. Wahhhh!!! =)

13 June 2014

Resepi Spaghetti Ringkas

Assalammualaikum...
Yeayyyyyyyyy! Malam tadi Wani teringin nak makan spageti. Tak pernah buat pun. Pertama kali cuba.. fuh... memang sedap..... hehehehe. Wani tak suka spageti masam. Suka ala-ala melayu punya. hehehe. Dan Wani gunakan sos spaghetti dari jenama Kimball....Memang terbaiklaaaa...

Jom........... Wani share resepi ringkas yang Wani masak..


BAHAN-BAHAN:

1- Susu Sejat jenama IDEAL
2- Daging Lembu Kisar jenama RAMLY ( nak tukar ayam pun boleh, ikut mana suka)
3- Cendawan Butang jenama AYAM BRAND
4- Sos Spaghetti (Perisa-Tradisional) jenama KIMBALL (nak perisa sos lain pun boleh, tapi yang sedap perisa cendawan atau tradisional)
5- Spaghetti
6- Garam
7- Gula
8- Bawang Merah/Besar
9- Bawang Putih
10- Cili hidup / Cili Burung (ikut sendiri nak letak atau tak)
11- Minyak masak / Minyak Zaitun (Wani guna minyak masak je)


Ok... Kita buat spaghetti nya dulu... Ada cara nak celurkan...

1- Ambil periuk berisi air
2- Panaskan
3- Masukkan sedikit garam dan minyak
4- Renehkan spaghetti selama 7-10 minit


Cara nak buat kuah spaghetti pulak,

1- Kisar Bawang Merah/Besar , Bawang Putih dan Cili
2- Panaskan minyak dalam kuali
3- Tumiskan kisaran tadi sehingga naik bau
4- Masukkan Sos Spaghetti (ikut sendiri nak masuk berapa sudu. ikut berapa banyak nak buat. Wani guna 5 sudu)
5- Masukkan air sikit (masuk dalam 1-2 cawan je)
6- Masukkan daging kisar yang dah carik kecil-kecil
7- Masukkan Garam dan Gula (Gula dalam satu sudu je)
8-Masukkan cendawan butang yang dah potong dadu.
9- Akhir sekali, masukkan satu sudu susu sejat

Kacau sehingga jadi pekat....


Hasilnya......... Tadaaaaaaa ! Semua ahli keluarga dah kebas.. licin... hahahahaha.

SELAMAT MENCUBA!

06 June 2014

Tempah template blog / design blog


Assalammualaikum

Tadaaaaa!!! Nampak tak perubahan pada blog Wani? wihuuuuu! Wani ambil tema bunga dan warna merah jambu dan kuning. Nice tak korang? hehehehe. Biasalah, Wani kan ayu-ayu sikit. chewah! hahahaha!



Biasanya Wani tempah design blog / template blog kat CIK BULAT. Korang mesti kenal beliau kan? Tapi tengok dia dah tak aktif berblog pulak. Tak ambil tempahan lagi rasanya. Tak tahu kenapa, mungkin beliau sibuk kot. Mana tahu kan. Alhamdullilah, Wani google, terjumpa blog CIK SHEDA. Design dia pun cantik-cantik jugak macam CIK BULAT. hehehehe. Harga pun berpatutan tau! Kalau nak menempah, kenalah banyak bersabar ye. Sebab biasanya, ramai yang menempah, jadi kenalah ikut giliran korang! hehehee.



Blog kenalah up to date jugak kan? Orang nak baca pun, senang hati. hehehe. Janji nampak text entri korang dalam blog. Senang nak membaca. Tenkiu Sheda... Lepas ni boleh Wani berurusan dengan Sheda lagi ye. hehehe. Oh, ye Kalau berminat nak ubah blog korang jadi lebih gojes lagi, boleh hubungi CIK SHEDA seperti di bawah ini :

BLOG = http://www.shedaucu.com/
PAGE FACEBOOK = https://www.facebook.com/shedaucudesign
PERSONAL FACEBOOK = https://www.facebook.com/shedaucu?fref=ts
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol