Angel Wing Heart

23 February 2014

ATTN BLOGGERS: Calander 2014 dah pos... =)


 To all bloggers yang join contest calander 2014 lepas, Wani dah post. Hope sampai kat rumah korang.. :) #bloggers #blogspot


Sorry kalau terlambat, sebab Wani super duper busy bekerja. Semoga korang suka ok. Thanks!!

08 February 2014

Lepak Santai di Steamboat Antarabangsa Harbour Place Klang

Assalammualaikum semuaaaaa.....

Yeay! Malam ni Wani sempat taip story baru ! ngeh-ngeh. Sesibuk mana pun, blog takkan ku lupa. hahahaha. We all hari tu dah plan sebulan awal yang lalu nak pergi lepak-lepak , makan-makan sesama hari ni... fuhh. memang merancanglah kan. Alhamdullilah dapat gak jumpa korang semua.. tapi ada yang tak dapat nak datang. Takpelah, lain kali je.. heee.  semua ni ada yang dah lama wani tak pernah jumpa sejak SPM tahun 2008. Cer teka umur Wani berapa. Kahkahkah. Kantoii..

Kitaorang pergi makan di Steamboat Antarabangsa , Harbour Place Klang. Ni pun kawan Wani , Syima yang suggest tempat ni, apa lagi kan, serbu jela ramai-ramai. ekekeke. (kenapalah aku menaip cam bebudak ni. hahaha)

*imej ini dari Google*

Test gambar, 1, 2, 3... Klik!!


Jap.. Jap.. Tukar asal balik. 1, 2, 3 Klikkk!!


So, far masa ni tak ramai orang lagi.. sebab kitaorang pergi siang. Kalau malam, rasanya penuh. Biasalah, kalau malam-malam mesti nak cari makanan kan? amboii Wani, makan je ingat. hahahaha. Jom, tengok apa nak di bakar nih... Jom membaca blog dengan "biarlah gambar berbicara" acehcehceh.

ketam pebretttttt!





 Kemain Diyana makannnn. hahahaa!






Sini ada icecream, tapi lupalah pulak nak snap gambar ice cream. Sedapnya ice cream.. Banyak Wani tabur kacang hancurrr... 2 mangkuk penuh wani makan.. perghh... wiiiihiiii. heaveannn! Korang makanlah sampai lebam! Sini steamboat murah jugak. Nanti last menaip ni, Wani beritahu harganya okey?


 Pasangan Sejoli ni.. memalu pulaks. ahaks!


 Rilek.. Rilek.. Kita makan dulu. Bawak bertenang. Masalah boleh bincang. HAHAHA!


Kalau korang berminat nak makan sini, boleh ke Harbour Place, Klang Selangor , Tingkat satu, hujung sekali. Restoran Steamboat Antarabangsa.

Harga:

Dewasa RM 22 ( Steamboat sahaja , sama ada tomyam atau sup)
Dewasa RM27 ( Steamboat dan Grill )
Kanak-kanak RM14




Sambil bekerja atau belajar, apa salahnya luangkan masa dengan kawan-kawan kan? Best juga keluar ramai-ramai ni, diaorang ni kelakarlah, dari sampai hingga nak balik, buat lawak tak habis-habis. HAHAHA. Ada yang dah bertunang, nak bertunang pun ada, terima kasih sebab bawa partner masing-masing datang. hehehe. Kenduri jemput ye. Doakan untuk kawan-kawan lain dan wani juga ye? hahahaha gatal...  Lain kali plan makan tempat lain okey geng?

Tata!

01 February 2014

Cara keluarkan duit daripada Nuffnang

Assalammualaikum......
Alhamdullilah, hari ni dapat menaip entri untuk korang baca, hehehe. Cuti raya cina ni tak kemana pun jadi nak siapkan edit calander 2014 yang korang join hari tu, InsyaAllah pertengahan bulan Februari sampai ke rumah korang ok... Di minta bersabar sebab Wani sibuk dengan kerjaya Wani dan proses nak buat calander memakan masa jugak... Nak edit, print dan pos :) Terima Kasih ye sebab join.

Oh, ye berbalik pada tajuk entri di atas, Alhamdullilah, buat pertama kalinya Wani nak keluarkan duit dari akaun Nuffnang ni.. Ohhhhh Yeaaaah! hehehe. Meh, nak tunjukkan cara macamana nak cashout kan duit Nuffnang...

Langkah Pertama, pergi ke website Nuffnang, dan sign in macam biasa....

Sebelah kiri, Klik ' Earning'


Seret ke bawah, Klik "Cash Out" . Pastikan duit dalam akaun Nuffnang korang ada RM51 ke atas, sebab caj RM1 dikenakan untuk Cash out ni.. Ala, macam korang guna mesin Atm lain daripada bank card korang...Mestilah kena caj...


Semak dahulu nama dan alamat korang ye.. Kang silap, tak sampai pulak cek korang.. huhuhu.. menangis nanti. Kalau baik hati, meh lah bagi kat alamat Wani. hekhekhek...


Akhir sekali, korang akan dapat masej seperti berwarna hijau di atas, biasanya cek ambil masa sebulan untuk sampai rumah, bagi yang memang setia dengan Nuffnang lah. Kalau korang jenis curang ni, ha... tunggu lah sampai 6 bulan yerk... hikhikhik.. Senang tak nak cash out??? Duit dah terkumpul banyak tu, bolehlah keluarkan.. Ehem, ehem. Rasa nak beli apa ye....... hehehee

Nak dapat duit dari Nuffnang? Jom daftar : NUFFNANG


P/S: SIAPA KATA BLOG TAK DAPAT DUIT? heeee...

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol