Angel Wing Heart

23 May 2012

FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9)


Assalammualaikum.

Hye peeps! Siapa tau mengenai FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9) ni? Okey, aku dapat tau pun dari Bff aku bum. Thank youu sebab bagitau. Tapi kalau dia nak masuk, boleh aje. Cuma aku kurang berkeyakinan pulak. Bukan calang-calang nak masuk tanding ni.hehehe. So, kawan-kawan yang lain...pe lagii.. serbulah. menarik nih.




1.0 PENGENALAN

Penganjuran FFVPM9 tahun 2011 yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA boleh diumpamakan seperti “sireh pulang ke gagang”. Universiti Teknologi MARA merupakan tuan rumah penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia yang pertama pada tahun 2003 dan setelah sembilan tahun berlalu, akhirnya Universiti Teknologi MARA dengan bangganya sekali lagi dipelawa untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran FFVPM yang cukup berprestij bagi mendokong pembangunan pendidikan filem dan video pelajar-pelajar IPT. 

FFVPM9 merupakan penganjuran festival berbentuk ilmiah dan manifestasi filem melihatkan penglibatan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi dan Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FFVPM9 2012 juga merupakan satu himpunan pengisian ilmu yang digunapakai bagi mempraktikkan segala urusan dalam menjayakan satu acara berbentuk akademik yang akan berlangsung mulai 21 – 23 Jun 2012. 

Berteraskan pada iltizam dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah festival yang merapatkan industri dan pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia jurusan perfileman.

Menerusi penganjuran festival ini, pelbagai perancangan aktiviti akademik seperti pertandingan, pameran, wacana, bengkel, seminar dan persembahan termasuk penayangan hasil-hasil karya kreatif pelajar-pelajar IPT Malaysia akan dipersembahkan kepada khalayak yang akan berlangsung di tiga (3) lokasi utama Universiti Teknologi MARA Shah Alam yang berdekatan iaitu
1) Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC),
2) Dewan Sri Budiman (DSB)
3) Dewan Annexe, 

Pada Malam Kemuncak Anugerah FFVPM9, hasil karya kreatif pelajar-pelajar fakulti akan dipertandingkan dan dianugerahi menerusi kategori-kategori pencalonan yang mirip dengan anugerah pencalonan festival tempatan dan antarabangsa. Selain daripada itu, Malam Anugerah FFVPM9 2012 juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan yang diselang-selikan dengan visual dan pencalonan di samping jemputan tetamu-tetamu VIP, 100 jemputan artis dan selebriti tempatan yang akan mewarnai acara malam tersebut.


2.0 MATLAMAT

Matlamat FFVPM9 ini dianjurkan adalah bertujuan:

i. Untuk memupuk sikap terkebukaan dan bertanggungjawab dalam merangsang penerapan nilai budaya, warisan bangsa dan sejarah Malaysia selaras dengan citarasa manusia sejagat menerusi filem;
ii. Untuk mengukuhkan kefahaman sosio-budaya bangsa Malaysia sebagai menjamin pendidikan perfileman Negara yang mempunyai latar kuat dan halatuju tepat;
iii. Memupuk kesedaran dan kepekaan warga muda dan mahasiswa terhadap pentingnya peranan filem dalam mencapai hasrat tersebut itu yang perlu disemai secara sistematik dan berterusan;
iv. Supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang perfileman bagi membolehkan mereka menghargai filem dan sumbangannya dalam pembangunan Negara sebelum mereka menerokai alam pekerjaan yang sebenar; dan
v. Untuk membantu usaha mempertingkatkan guna tenaga mahir dalam industri perfileman.


3.0 OBJEKTIF


Objektif FFVPM9 adalah seperti berikut:

i. Bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap hasil kerja pelajar-pelajar menerusi filem-filem yang menyertai acara ini;
ii. Bagi menggalakkan penghasilan kerja kreatif yang bermutu tinggi di kalangan pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan atau jurusan perfileman / komunikasi / multimedia;
iii. Bagi mencungkil bakat penghasilan filem di kalangan tenaga-tenaga muda;
iv. Memberi kesempatan bertukar-tukar fikiran serta mengeratkan silatulrahim di kalangan pelajar-pelajar IPT dengan organisasi-organisasi perfileman seluruh Negara;
v. Memperkembangkan keupayaan menikmati, menilai, membuat analisis serta membicarakan hasil karya dan penghasilan filem; dan
vi. Memperkembang daya komunikasi dan interaksi serta mempertingkatkan kemahiran teknikal dalam bidang perfileman.


4.0 PENYERTAAN

Penyertaan adalah dibuka kepada semua pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia termasuk para pelajar Sekolah-Sekolah Seni Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik SINI & EVENT . Good Luck! (Semua pelajar perfileman boleh join ok!)

P/S : Kalau ada masa nanti, aku update mengenai projek akhir aku : Program TV eyh.. :) bye!

20 May 2012

Suami Awesome saya.

Assalammualaikum.

Lama kan tak nampak aku post entri baru dalam blog aku ni? teheeee~ Sekarang dah sapu-sapu habuk & sawang dalam blog.. *dush2* Ada lah ubah-ubah sikit. Tak banyak ubah sangat pun. Kang macam bebudak lak blog aku nih. ngeee~ Oh yee. lagu pun memekakkan korang sekarang ni. hehehe. Apa leh buat, aku saje je nak bagi meriah blog ni. kahkahkah. Dengar-dengar ada orang rinduuuuuuuu bangat dengan blog aku. Sampai suruh aku post entri baruuuuuuuu. *terharu. Lap tisu kat muka* hehe

Eyh........kejap! Suami Awesome saya? erk. Tajuk nak gempak. Kasik orang lelaju nak bukak blog aku nih. kakakaka. ada ke yang nak tauuuuuu? HAHAHA, tunggu ada kat bawah ni. Sambung balik cerita. Sediakan snek sekali kat tepi korang okey. berjela nih. kakakakaka.

Alhamdullilah results semester akhir dah pun keluar dua hari lepas. Dan sekali lagi AKJ (budak poly je tauu) even menurun sikit. Takpe lah, mungkin takde rezeki. Bersyukur je :). Asalkan tak jejak lagi tempat study tu dah. kikiki. Tak sabar nak konvo tahun depan. yeahh. Sekarang ni aku tengah tunggu transkrip akhir tu boleh ambil atau disah gunakan untuk mintak kerja tetap atau tak. Tu yang buat aku pening. Dahlah poly aku tu jauh ke utara. Fyuuu~ Kalau nak mintak kerja tetap atas kelulusan aku, memang tak boleh lah sekarang ni disebabkan tiada diploma lagi. hurmmm. Sementara ni, aku kerja kerani dulu . Tu pun macam tak berbaloi. Yelah, hari sabtu pun kerja fulltime. Bukannya half day. Peliks Ok. Disebabkan tu, aku pun tengah mencari dan cari lagi kerja yang lagi better. Takpelah. Memula ni dulu, memanglah susah sikit.

Barulah aku tau macamana susahnya orang nak cari kerja. So, yang tengah study tu...ha, ready jela. Menggelupur nak cari. Memang tak boleh nak memilih sangatlah sekarang ni. Kawan-kawan aku pun ada yang nak sambung degree. Congrat ya. Aku taknak sambung lagi laahh. Mood nak study pun takde. kuikuikui. Diaorang pun ada yang mengajak sambung deg. tapi nantilah... sekarang mood nak kerja cari duit je. kikiki. Ayah aku pulak kata, kalau nak sambung tu boleh. sambil kerja tu, sambunglah. Adei. Malas lah. kerja , pastu study. hurm. Kalau kerja gomen, agak berbaloi lah nak sambung. Yela, kau dah kerja situ, sambung pulak degree, puhh naik pangkat jadi pegawai terus! masyukkk! hehehe.

Sekarang ni, pelan-pelan lah dulu kan. Ada rezeki tak ke mana. Kalau dah tertulis itu rezeki untuk kita, buatlah macamana pun orang nak halang rezeki tu, rezeki tu tetap untuk kita dan datang kat kita.. :)
Eyh, alang-alang aku post entri baru ni, ha... aku nak share tentang ciri2 lelaki mengikut UAI. Tak berat mana pun. Yang sederhana pun ok. Islam itu mudahkan. Cuma kita yang merumitkan.



Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UAI


Got it girls? hikhik. Maybe ada jugak yang aku tak beberapa setuju sangat. Macam no. 2 . hurmm. Kalau kat tempat aku ni, mana cukup 1500 tu. memang tak. Susah wooh hidup kat bandar nih. Kalau nak senang, kita duduk dalam hutan jelah ye. Jadi tarzan. Kakakakakak. *lawakhambar*

Andddddddddddd.... good news untuk kami semua, yeahhhh! aku bakal dapat cousin baru nanti. hehehe. makcik aku yang paling aku rapat dah prgnt 3bulan. Lama tak jumpa dia. Nanti free, bolehlah lepak rumah dia. Dengar-dengar dia nak masak special untuk aku sorang.kakakakaka.. lebiuuuuu auntie <3 bye! :')

03 May 2012

Permulaan Hidup...





Assalammualaikum.

Alhamdullilah, sekarang aku bergelar graduan secara tak rasmi. Baru masuk hari ke-3 aku berada di rumah. woowoot. hehehe. So, sekarang ni busy nak apply kerja yang sesuai. Yang dekat dengan rumah. Takpayah lah aku susah-susah nak menyewa bagai semua tu. Jimat duit. Sobsobsob.

Hari tu, Mib bawak aku jenjalan ke tasik taiping perak, first time aku jejak, 'wow' lagi cantik dari tasik shah alam.. Lagi banyak 'swan2' kat tasik tu. Mulalah mib buat muka comel, nak naik swan. macam budak tecik. hehe. Oklah, RM10 untuk setengah jam kau ronda 1 tasik besar tu.. Mula-mula nak pergi zoo taiping, tapi memandangkan hari macam nak hujan je, so kitaorang naik swan yang ade bumbung. romantik kan? kikiki.




Taiping ni, kampung nenek mib. Tak jauh mana la rasanya perak dengan selangor kan. hahaha. Best lah. memang best. Kampung aku takdelah benda-benda camni. ada tasik bagai. Zoo lagi. wakakaka. Lagi syok sgt , ade gunung-gunung...hutan... sejuk je mata tengok.. Cantik!


Cantik kan perak ni? Aku sempat snap gambar yang ade pelangi tauuu. bertuahnyee. hehe



Swan perak & 1M hikhik

Sebelum tu, hari jadi Mib, aku bagi dia 1set jam tangan. Ahaks, haruslah aku kena ade jam sama dengan dia jugak. hehehe.








Oh ye, sampai je rumah, mak aku kemain lagi beli barang2 dapur bebanyak..nak suruh aku masak le tuu.. then, aku masak gulai udang..fuyooo. sampai licin nasik. hikhik...lama tak masak sejak belajar kat perlis.


daun kunyit tu, jangan tak buang pulak ye chef wani :D

Sekarang ni, duk rumah dulu, rehat, sambil apply kerja. Doakan aku supaya cepat-cepat dapat kerja. itu permulaan hidup aku pulak.. Lepas kerja, macam-macam nak plan dengan Mib. For our future :)

P/S : AKU DAH JARANG UPDATE BLOG. SO, FOLLOW MY TWITTER OK. KAT TWET, AKU SELALU UPDATE  STATUS. RAJIN-RAJINKAN TEGUR AKU DI TWITTER. HEEE
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol