Angel Wing Heart

26 October 2011

Idea untuk warna bilik?

Assalammualaikum.. ada berita sangat baik yang aku nak kongsikan dengan korang.. Alhamdullilah, aku dapat pindah rumah nanti.. hehehe... Bila tu?? bila tu aku taknak lah bagitau kan..sebab nanti ada pakcik jual ikan kat pasar pauh tu memekak. kerja nya bising je. Ops, pakcik jangan nak perasan yang ni aku potpetpotpet psl kau eyh. ramai lagi pakcik-pakcik yang suka bising-bising dengan aku. sigh*. HAHAHA Area aku pindah ni di kawasan Puncak Alam . Tapi aku bukan perumahan dalam tu, rumah aku kawasan Alam Perdana. Masih baru lagi.. ^____________^ di mana tuu Alam Perdana? aha, kat bukit cherakah selangor. Kalau tak sure jugak kat mana, korang tau tak UITM PUNCAK ALAM? Ha, di situ lah ye. . =) Memang sangat marbelosss lah tinggal situ..Kawasan gunung-gunung , hutan-hutan ,tasik-tasik.. oohhhhh... T_T kawasan ni dekat dengan bukit jelutong shah alam. Kalau nak tau sangat lah kan. Rumah aku yang aku duduk sekarang ni (belum pindah) dekat dengan UITM SHAH ALAM. ok, got it? good. . =)

Malas nak bebel , panjang, aku nak minta suggestion korang mengenai warna bilik aku dulu lah. Boleh tak? =) kalau ada idea ke, bolehlah beritahu aku ok? Aku lak cadang nak warna pink pekat tu.. oo...sangat girlish ok. whatever. mix pulak dengan warna putih..takpun silver. Nice kan? Ke 2 punya pilihan kalbu purple..agak-agak korang?





Hahaha comel kan? paling menarik last picture tu... sangat-sangat kegadisan oke... aku ada godek-godek blog orang lain mengenai warna bilik juga boleh menjadi faktor kesihatan kita... Baca lanjut di bawah :


Merah
  Warna merah dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan meletakkan sehelai tuala merah yang dilembapkan di atas mata . Ini kerana ianya dapat meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenal.
Warna merah tidak boleh digunakan secara keterlaluan kerana ia merangsangkan  sistem badan dengan terlalu kuat dan mengakibatkan suhu badan meningkat dengan cepat, tekanan darah meningkat, emosi gelisah ataupun jadi marah dengan mendadak dan sebagainya.  


BIRU
 
Warna biru pula adalah untuk meredakan tekanan. Cuba fokuskan pada sesuatu yang berwarna biru, ianya meransang suasana tenang dan mengurangkan tekanan darah.Sekiranya anda stress ketika mengadap komputer, cuba tukarkan screen saver kepada warna ini untuk mengurangkan ketegangan. Biru adalah warna yang melegakan, tenang dan damai kepada sistem badan. Ia memberi kesan rehat, sihat dan selamat kepada minda.

Merah jambu
   Warna yang sering dikaitkan dengan wanita ini sebenarnya bagus untuk mengatasi masalah imsonia . Jika anda sukar tidur pada waktu malam, cuba hiasi bilik tidur dengan warna ini. Kajian mendapati warna ini mewujudkan suasana santai, selesa dan romantik. Biasanya warna ini digunakan untuk menghiasi bilik bayi dan kanak-kanak.
Jingga/oren
  Warna ini berfungsi  menceriakan mood anda. Jika anda merasa murung cubalah sesuatu yang berwarna jingga untuk mengembalikan tenaga anda. Warna ini juga sesuai pada tempat makan kerana ia meningkatkan selera. Kanak-kanak pula tidak digalakkan banyak mengunakan warna ini (persekitaran dan warna pakaian) kerana terdorong menjadi hyper aktif.

Hijau
  Warna ini dikatakan dapat mengatasi keletihan kerana ianya memberi kesan positif dalam sistem imunisasi dan menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Warna hijau sebaiknya dipakai oleh mereka yang sedang sakit. Dalam keadaan  tubuh yang sakit memerlukan kerehatan yang cukup bagi membolehkan ia menjana kembali kekuatannya. Dengan suasana yang harmoni di dalam tubuh, ia membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus . Tubuh yang tidak cukup rehat akan bekerja dalam situasi tertekan dan sukar untuk sembuh. Sebab tu pesakit hospital pakai baju hijau.



Berikut adalah fakta tentang warna  secara umum:

Merah : Tenaga, kehangatan, cinta, nafsu, agresi, bahaya.
Jingga/Oren : Tenaga, Keseimbangan, Kehangatan.
Kuning : Optimis, Harapan.
Biru : Kepercayaan, Konservatif, Keamanan, Teknologi, Kebersihan, Keteraturan.
Hijau : Alami, Sihat,  Pembaharuan.
Ungu : Spiritual, Misteri, Kebangsawanan, Transformasi, Keangkuhan.
Coklat : Tanah/Bumi, Kepercayaan, Kesenangan, Daya Tahan.
Kelabu: Intelek, Masa Depan (Milenium), Kesederhanaan, Kesedihan.
Hitam : Kekuatan, Seksualitas,Keanggunan, Kecanggihan,  Ketakutan, Misteri, Kesedihan, Kematian


Nice kan? Kalau korang nak cat bilik ke apa ke kan, bolehlah refer dulu pada yang pakar... Kang tak pasal-pasal pitam masuk bilik disebabkan warna. . heee.. Lagi satu, selain warna bilik , aku nak tampal sticker yang moden dah sekarang ni kat dinding bilik. Contohnya di bawah ini :


Haaa.... sangat awesomeeee kan? wah kreatif betul.. memandangkan korang akan tertanya-tanya mana nak dapatkan sticker ni secara ONLINE, bolehlah korang usha blog company ni okeh > SINI dan di FB > SINI

Best betul.... Tak sabar nak decorate bilik aku nanti.. So, selamat berebut-berebut bilik ye adik-adikku. Pilihan pink+putih , pink+silver , atau purple... wink*wink*

Kredit :  http://kaymamablog.blogspot.com/2011/01/ketahui-warna2-untuk-kesihatan.html#ixzz1brWnkaGq

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


1. Jika anda makan SATAY,

jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO.

Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA

(tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA,


Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi...

P/S : MAKLUMAN SEMUA BLOGGER, ADA SESIAPA TAK YANG BOLEH BAGI CADANGAN UNTUK UBAH TEMPLATE AKU NI?? ERR.. NAK UPAH ORANG KALAU BOLEH.. =) BARU TALK DGN CIK BULAT, PAKAR UBAHUSAI...TAPI RAMAI YANG TGH ORDER DGN BELIAU SKG..KORANG ADA SUGGESTION TAK? tell me ASAP okey? Kbai ...

24 October 2011

korang boleh ceriakan FB, twitter , tumblr , google dengan bermacam2 design..wow!




Cube tengok gambar di atas.. auwww..sweet kan? semuanya aku dah tukar design yang aku suke :) hanya lappy aku je boleh tengok...orang lain tak boleh..sebabnya ni utk cuci mata kita time beronline di lappy sendiri yaa...waahh..kemaruk aku dengan design yang cun melecun nie...mcm-mcm boleh guna untuk software ni : youtube, tumblr, twitter, fb , google & lain2... bukan design comel2 je ade auu..yang ganas2 pun ade bebeh. Kalau korang nk try, boleh choose mne yg suke and install dulu okehh.. sekali sahaja..then bolehla korang adjust @ nak remove di 'add-ons' korang.. bye2 :)  SINI

19 October 2011

Wordless Wednesday #3

Sejarah Mimaland. Sebuah taman rekreasi di Gombak suatu ketika dahulu. Pernahkah korang mendengarnya?


MIMALAND kolam renang yang terbesar di ASIA TENGGARA suatu ketika dahulu

Assalammualaikum.. Hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang Mimaland yang wujud di gombak,selangor... baru aku tahu ada 'sunway lagoon' pada era tahun 70-an-90-an.. mungkin kalau aku tanya ayah aku, dia mesti tahu tempat ni dulu... tempat orang bercintan-cintun...hehehehe..

Meh, aku ceritakan serba sedikit mengenai sejarah MIMALAND di Malaysia.... wahh bangga kot... :)


Pintu hadapan MIMALAND




PINTU HADAPAN - KINI


Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.






Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah’ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.


Gelongsor yang terpanjang di ASIA TENGGARA

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.


Van pengangkutan di MIMALAND yang ditinggalkan

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.






Nota tambahan:
 

1980 – Filem Tuan Besar, antara filem tempatan terawal yang membuat penggambaran di Mimaland. Kelihatan pintu gerbang Mimaland dengan logo Bunga Raya, dan adegan pelakon Rahim Jailani dan Fauziah Ahmad Daud sedang melawat taman haiwan prasejarah. Juga kelihatan tasik tempat Azroy dan Suzana bersampan dalam filem Gila-Gila Remaja enam tahun kemudian.

1983 – Filem Mekanik, dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada Mimaland. Taman haiwan prasejarah sekali lagi menjadi lokasi pilihan, kali ini untuk menggambarkan babak fantasi zaman batu lakonan Azmil Mustapha dan Julie Faridah (yang kelihatan di situ sedang membasuh buah betiknya sambil ditemani oleh dinosaur yang jinak)

1986 – Filem Gila-Gila Remaja mempunyai banyak dialog kegemaran ramai, antaranya ialah: “Esok jangan lupa, Mimaland!” yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein. Lokasi tasik menjadi pilihan untuk babak lagu selingan, dan selepas itu Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Kelihatan pekerja di tempat sewa sampan itu memakai t-shirt seragam yang bertulis Mimaland.

1987 – Filem Tempo ’88 memilih lokasi penting di Mimaland iaitu kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi yang menjadi punca berakhirnya era Mimaland enam tahun kemudian. Dua orang pelakon tidak terkenal berlegar-legar di situ dalam sebuah babak mengarut yang diakhiri dengan aksi tipikal, iaitu seseorang perlu jatuh ke dalam kolam renang, dan semestinya orang yang ingin menolongnya juga akan terjatuh sama.

Fakta2 lain mengenai Mimaland (utk tmbahan)
* dibuka pada tahun 1975
* ditutup pada 1994 akibat tanah runtuh dan budak mati lemas
* terletak di batu 11 gombak, jalan lama ke bentong
* pernah menjadi destinasi popular penduduk lembah klang
* menjadi lokasi pengambaraan filem filem melayu....
* mengikut temubual terbaru(2008) dengan penduduk...ada mendakwa pernah nampak harimau disitu
* tempat ni juga menjadi kawasan popular utk mereka yang suka kepada dunia misteri dan mencari hantu.




Jalan ke MIMALAND - KINI
 




VIDEO dalam Gila-gila remaja.. LOkasi di MIMALAND

P/S : ada sesiapa yang sempat pergi tak?? hishhh..balik rumah kena tanya parents pasal sejarah ni...kot-kot aku pernah pergi time babyyyyy...muahahahhahaa. KBAI.

18 October 2011

Kahwin lambat salah, kahwin muda pun salah...yekeeee????



KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
"ish! murahnya hantaran dia, ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
"ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA ♥
"ish! muda-muda dah kawen, ini mesti ade buat benda tak baik ni... tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ♥
"ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen... tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥
"ish! ni kawen ke ape? kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥
"ish! besarnye majlis... kalah anak DATUK. nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!"
BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA! :)

pilih untuk menjadi gadis biasa sahaja.

Di dunia moden hari ini…
Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya...
Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..
Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..
Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...
Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,..
Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,..

Tanpa pakaian menjolok mata....

Susah???
Memanglah....
Jiwa muda....

Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Rapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...

Kamu sudah pun menjadi perhatian...

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,...
Biar tidak up to date,..
Biar tidak bergaya..


Yang Penting..
Hati.. Dan Amalannya..
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya..
Wanita..

INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA..
JAGA LAH SEGALA AMALAN MU..
INSYALLAH.. DIRI MU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA..

^____________________________^

sesiapa yang berminat menjadi model muslimah? ini peluang anda!

Salam. ada berita baik untuk gadis-gadis di luar sana. Aku dapat info ni daripada facebook.. model muslimah untuk jualan tudung & pakaian... Bawah ni adalah syarat-syarat nya....

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH UNTUK MENGGAYAKAN PRODUK MUSLIMAH: INNER FLOWER, TUDUNG & FESYEN BAJU TERKINI

KRITERIA :
1) COMEL & FOTOGENIK, KULIT CERAH DAN PUTIH (CHINESE SKIN)
2) PANDAI BERGAYA DPN KAMERA
3) BERUMUR 18Y-26Y
4) LOKASI : KL, PUDU

KPD SESAPE YG MEMENUHI KRITERIA DI ATAS, BOLEH MENGHANTAR GAMBAR terutama bahagian muka (3KPG) KPD KAMI UTK PROSES PEMILIHAN DALAM INBOX FB JANNIE.

BAGI YG TERPILIH, KAMI AKAN MENGADAKAN SESSI PERBINCANGaN UTK PROSES BAYARAN, WAKTU & TEMPAT PERGAMBARAN DIADAKAN & LAIN2.
Kalau korang rasa mahu mencuba nasib, bolehlah hantar gambar korang tu di FB owner ini > SUHANYA SHOP  gOOD luck!

P/S : Aku tak layak sebab pendek. Muahahaahhahahaa! Kbai :)

16 October 2011

Saya tahu saya tidak cantik tapi.......

  • Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
  • Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
  • Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
  • Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
  • Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
  • Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
  • Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya. =) i love you sayang...

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.. aminnn...=)



14 October 2011

Bila Hati manusia sekejam daripada singa.


Salam. Hye peeps! Hari ni aku dah ada di rumah makayah aku.. hati sangat seronok...:) Malam ni boleh gi uptown tengok pets yg ada jual di situ. Suke dengan haiwan. Fanatik btl . Tengah aku online facebook tadi, aku ada jumpa satu benda penting untuk korang tengok. Ni lah bila hati manusia bersikap kejam terhadap haiwan. Kalau ye pun tak suka, jangan korang bunuh mereka. Diaorang pun ada perasaan cuma takde akal je. Manusia ni ada akal, tapi akal letak kat lutut. sendiri mau ingat lah.


Ibu kucing yang menangisi permegian anak-anaknya.... :'(

Info lain yang aku dapat mengenai gambar di atas, korang boleh baca di bawah ni ok :

The mother cat kept licking the kittens, hoping it would revive them. According to the family that adopted the stray cat, on the morning of the 11th when they heard the cat’s tragic cries, they rushed downstairs to discover this stray cat’s four kittens abused to death, and even placed in front of the mother cat. The kittens’ bodies were covered with bullet holes, with blood all over. One of the kittens had its neck tied with a rope and elongated, its chest cut open, heart exposed, while the other three kittens’ heads were stepped on.


REBLOG THIS PICTURE TO SHOW YOU’RE AGAINST ANIMAL ABUSE!


Kalau manusia buang anak, ada ke muka-muka tangisan di muka manusia-manusia seperti ni?? tengok, ibu kucing lebih lagi sifat kasih nya kat anak-anaknya. segelintir manusia tu memang dah hilang sikap perikemanusian manusia itu sendiri.. Renung-renungkan lah...



Tetiba aku pun jumpa satu gambar kucing ni yang boleh kita kongsikan.. hehehe.. kucing ni takmau makan tikus sebab diet.... 'eyh, ingat manusia je ke yang boleh DIET???? ' hahahahhahaha....

P/S : Sayangi pets anda tak kira xbela apa-apa binatang pun, hargai kewujudan mereka di bumi Allah.... :)

13 October 2011

apa kaitan Roboski dengan rumah sewa? Tau ke Roboski tu apa?

Assalammualaikum.. ada yang dah tidur ke? hee.. esok rasanya malas nak pergi kuliah. hee. ponteng utk 2jam. Takpe. dah nak last sem ni. Jgn ponteng lebih limit sudah. Tak pepasal kredit aku jatuh =..= HAHA .  Esok khamis kan? eyh. Hari ni khamis. dah pagi buta niee.. :) dalam pukul 10mlm , aku gerak naik bas balik rumah. yeppi. lama tak balik. Maybe depavali ni aku tak dpt nak balik. So, aku ingat nak balik jap. Rinduuuuu <3 Aku nak bagi something untuk diaorang nanti. Hehehe. Nak tau ke apa? tungguuuu... :P

Btw, kat sana nanti ingat nak pergi uptown shah alam dgn my lovely auntie <3 auuwww. sweet.. Nanti dia nak kahwin dah tak dapat nak hang out gila-gila lagi T_T  Kat sana , aku nak usha Sugar Glider :) Sebelum ni aku banyak buat research SG ni. Paling aku suka statement utk SG ini > akan mati kesunyian jika kita tak beri ksh sayang <3 . Haiwan ni unik sangat. first kalau kita baru beli SG, dia akan buat satu tanda kawasan kat badan kita. Sg akan berak & kencing. Tahi sg mcm tahi cicak & kencing pun tak berbau.. so, siap2 bawak wet tissue ok..Sg buat mcm ni sebab nak cam tuan dia. Bila ada yang nak dkt dgn dia, maybe dia akan menjerit2 taknak ikut sama. Bkn jerit mcm manusia ok. HAHA. Lagisatu, sg ni manja dan setia ... itu yang best kan ? hehehe.. ingat nak beli sg next year... hope dpt laa.. aduii.. tp leceh sket lah kalau nak bwk balik ke perlis (tmpt stdy) naik bas pulak tuu...hukhukhuk..ada sesiapa pernah bawak sg naik bas ke??


Sugar Glider bermata besar ^^ - Ihsan Pak Google

Cerita pasal pet ni, housemate aku ada bawak ahli keluarga baru dalam rumah. 2 lagi tuu... ni haaa... winter hamster! okey. hamster jenis ni mmg jinak. Sebab kat rumah aku pun ada hamster baka ni ^^ waa. banyak betul aku bela pet kan? hahaha. Kalau korang nak bela hamster yang boleh korang pegang tanpa takut-takut kena gigit, so..beli la baka jenis winter hamster yang berwarna grey ni ok.. ^^  kalau nak yang aktif ,terlampau aktif, korang bela la hamster jenis roboski. hamster ni berwarna perang2 emas. mmg susah nak pegang guna tangan camtu jee..hamster ni akan lari litang pukang. aktif sgt!



Winter Hamster (grey) - Housemate punya



Roboski hamster - Ihsan pak google

Asyik cakap pasal depa je..bila pulak nak cakap pasal lulu,bubu dan anak-anaknye? aku dah lama tak tengok diaorang kat rmh.. my rabbit. waa..banyak ke aku bela pets ni? hehe... orang kata kalau suka pets, orang tu mmg penyayang. betul ke? aku rasa betul sebab ayah aku pun satu kepala dgn aku. HAHA. kucing ade, burung ade, ikan ade (dulu la), rabbit (aku pnye tp diambil alih tugas oleh ayah aku ^^ ) . Bukti ayah aku penyayang, ayah aku dapat berikan aku ksh syg, pendidikan, kebebasan (sebab anak sulung) :P , mainan masa aku child tu berlambak gila. . hehehe.. Thanks ayah ! :)


Lulu dah lahirkan 5ekor arnab yg tinggal 2ekor anak arnab ..


Lulu masa baby. Comel . tgh tidur kat riba aku ^^

Rindunnyaa.. tak sabar nak balik! :) babai rumah sewa. welcome home sweet home :)

PERHATIAN ! PERHATIAN !
Sini , aku nak iklankan rumah sewa untuk student-student poly, unimap , kolej & sewaktu dengannya yang memerlukan rumah sewa di ulu pauh,perlis boleh la tinggalkan komen dibawah ye! Ok, gambar bawah ni rumah sgt besar & kemudahan disediakan. RM130 seorang termasuk bil air & elektrik. . 1 rumah 10orang..Memerlukan 5 orang lagi housemate.


Gambar dibawah ni pulak rumah sewa yang aku duduk sekarang. Aku memerlukan seorang lagi housemate untuk sem depan. RM75 seorang tidak termasuk bil. 1 rumah ni untuk 6 orang sahaja. Kalau berminat boleh komen entry ini oke.. :)



Ok, rasanya setakat ni dulu nak cerita pasal life aku.. ^^ tunggu entri seterusnya.. hmm.. memang rush betul lah aku buat assignment. yela aku balik rumah ni, 4 hari cuti :P Doakan keselamatan aku pergi dan pulang ok.. Babai! ^^

08 October 2011

APAM KAU!

Assalammualaikum.. Hye peeps! Dah tidur ke?? awal lagi ni..hehehehe....Weekend ni korang gi mane je?? Aku duk umah sewa sambil korek hidung. Muahahahaha. (sengal) Hye, next week aku nak balik selangor . Yeaaayyy! Nak hang out dgn muncieeeee....rindu dengan mereka <3 iloveyousomuch muncieeee...

So, bila aku dah cerita pasal nak balik rumah ni, Korang rasa aku dah beli tiket bas ke belum?? hhihihi.. Belum laa... nanti esok aku beli oke.. jangan risau tau korang :) (poyo lebeyy) . Sebelum nak balik rmh, aku ingat nak order online APAM WARNA-WARNI ni.. menarik sgt. Sorry Trend APAM ni memang dah lama wujud. . mcm tu jgk dgn homemade coklat. Ade yang tak tau ke ape tu homemade coklat? meyh , tengok di bawah ni, homemade chocolate buatan aku sendiri. comel kan? time aku ade masa je aku buat...Kadang-kadang kawan aku tempah..itu pun kalau aku tak busy... :)





Siket-siket dah la aku tayang gambar homemade chocolate aku nie..kang ade lak yang jelouss... (sengal) HAHAHA. Aku nak beli apam colorfull online ni sebab nak bg buah tangan kat mak pak aku (mak ayah lah) ish. . Nak bagi kat muncie2 yang sayang aku.. eerrr.... hehehe.. So, dalam masa yang sama , aku nak tolong promot dua owner yang buat apam nie.. sambil tu , aku ada masuk contest nak dapat apam FREE. auww.. korang-korang yang baik hati tu, tolong lah LIKE picture saya ok.. di SINI thankyouverymuchsayang! hek.. Nak tau gambar aku pertaruhkan? sila la klik di atas tu yeee... dan jangan lupa LIKE.. :)

Bawah ni gambar apam-apam owner ni buat. memang mantap & comel-comel. Sesuai untuk weeding, enggmnt, birthdy, lepaking sambil makan apam cam gini pun boleh . Sweet kan? Rasa macam taknak makan jee...grrrr!




Gambar atas ni dibuat oleh APAMPOLKADOT.COM
Jom usha FB & BLOG owner ni !

Meyh, tengok owner apam yang kedua pulak.. yang ni, memang style lahh....terserlah kecomelannyeee... hihihi


 


Owner apam ke-2 , APAMWARNAWARNI
usha FB & BLOG owner ni jom! :)

Kalau dah jenguk owner-owner ni, boleh la beli kat depaaa.... boleh la survey price ok... Hye, panjanng berjela pulak entri aku kali ni kan?kan? ape taknye..blog aku dah sihat semula! alhamdullilah...so, setiap entri baru aku, semua followers dapat tau entri terbaru aku... :)  Apa pun aku says thankyousomuch sebab jenguk blog aku yang simple sgt nie haa.. sebab aku suke benda yang simple. .ni jela yang dpt sedapkan mata korang..hehehe... and thankyou jugak to silent readers.. mikacih kerana support aku. muahahahha..

byE,BYE,bye! :))

MAK,AYAH,ADIK2,AUNTIE,SYG, TAK SABAR NAK BALIK RUMAH! RINDU SANGAT! :')

04 October 2011

Kisah pemadam dan pensil . Terharu .

Kisah sebuah persahabatan 


Pensil      : Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: Saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali disebabkan kesilapan saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..

Indahnya sahabat seperti pemadam :')

P/S : Copy paste di FB . . Memang best kalau kita dapat kawan yang betul-betul kawan kan? Memang seronok daripada ada boyfiee.. muahahahahaha. So, hargailah persahabatan korang even tidak seberapa.... :)
 



NOTES : Tak sabar nak tunggu weeding makcik sayang . Kena jadi pengapit & baca al-quran (khatam bersama pengantin) Best , best . Jadi princess of the year lah kan? Siap sedia dengan high heel, sebab saya kan pendek + comel + cantik + = GEDIK . Muahahahahahhahahaha!!!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol