Angel Wing Heart

31 July 2011

Berpuasa !

Salam. Sempena bulan ramadhan ni, aku nak ambil kesempatan , mohon maaf di atas setiap kesilapan & keterlanjuran setiap bai-bait kata2 aku ok..hehehe.. Semoga ramdhn kali ini kita sama-sama mendapat keberkatan & kereda-anNya.. insyaAllah...

Aku pun dah jarang update blog. Hanya lama2 sosial yg lain2 tu yg menemaniku..hehehe..

Selamat berpuasa & bersahur ye esok!! Tak sabar nak balik raya hujung bulan ni....lama tak jumpe MakAyah <3 :)

25 July 2011

Gula.







gambar-gambar ini menceritakan segalanya. welcome semester 5! Ok, aku dah pening. Banyak kerja nak berjalan dah nie. KBai! Eh, selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak :)  Aku puasa kat sini lah jawabnyee.....heee...nak beli tiket balik cepat2... HAHA !

04 July 2011

Jual permainan Transformers demi kekasih

SHANE FENTON bersama koleksi permainan Transformers yang disimpan di dalam bilik tidur utama di rumahnya di Boddam, Scotland.

BODDAM, Scotland - Seorang pengajar teknikal sebuah syarikat marin, Shane Fenton terpaksa menjual koleksi permainan Transformers miliknya yang bernilai £200,000 (RM967,815) atas permintaan kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Fenton yang berusia 32 tahun membuat keputusan untuk menjual koleksi permainan itu yang dikumpulnya sejak kanak-kanak bagi membayar hutang rumahnya di sini.

Koleksi permainan itu melibatkan lebih 1,000 model patung Transformers itu yang disimpan di bilik tidur utama rumah mereka.

"Benar, saya dapat membayar hutang rumah jika saya menjual permainan itu," kata Fenton.

Menurutnya, kekasihnya itu mahu memulakan hidup berkeluarga dan mempunyai anak menyebabkan koleksi permainan tersebut yang disimpan di dalam bilik tidur utama itu perlu dijual bagi membolehkan mereka menggunakan bilik berkenaan.

Selama ini, bilik tidur itu tidak boleh digunakan kerana ia hanya menyimpan alat permainan berkenaan.

"Saya memberitahu Fenton bahawa dia bukannya kanak-kanak lagi. Dia akan berusia 33 tahun pada tahun depan," kata kekasihnya itu yang enggan namanya didedahkan.

Pasangan tersebut kini sibuk membuat senarai alat permainan itu yang akan dijual. - Agensi
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol