Angel Wing Heart

30 May 2011

Bir 'halal' sebenarnya haram. Aku pernah duduk kat meja makan yg ada bir ni.. pehh.. nasib aku tak minum!

Assalammualaikum. Blog dalam ubahsuai ok.. Sekarang dah heboh pasal 'bir' ni kan.. aku dah prnah nampak 2-3kali bir macam ni.. bir ni memang ada macam2 perisa buah-buahan . tapi sebenarnya ada 0.5% akohol. ... aduhai.. apa nak jadi.. Jakim dah kuarkan yg bir ni sememangnya haram. jadi , jangan la korang teguk even perisa buah2an.. haram tetap haram. dosa tetap dosa. nauzubillah....




KULIM – Masyarakat Islam dinasihat tidak minum sebarang jenis bir yang kononnya halal berikutan kandungan alkoholnya sudah melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Berdasarkan kajian, kandungan alkohol dalam minuman itu didakwa 0.05 peratus dan adalah haram untuk diminum oleh pengguna Islam.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom sehubungan itu mengarahkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau atau jika perlu menyekat penjualan bir tersebut dan beberapa jenis lagi minuman yang sama di pasaran.


“Dalam keadaan kita tidak pasti, lebih elok berhenti meminum minuman itu dan menjauhi diri daripada terperangkap dalam situasi yang mengelirukan.




 P/S : Lepasni harap berhati-hati ok,,, kalau boleh ambil lah tahu pasal makan minum kita . Korang boleh tengok page ni . Semua ada pasal halal haram > SINI !!

jadikan iktibar buat semua....

29 May 2011

Saintis Afrika Selatan temui lipas melompat !!



LIPAS melompat yang ditemui di Cape Town, Afrika Selatan.


CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.

Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.

"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.

Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. - Agensi

28 May 2011

Fakta menarik mengenai COKE !

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.




Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya
apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu,
Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah
mereka guna?





Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :





1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang
berniaga sup tulang!




2. Untuk mencuci tandas :
Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan
boleh tak?




3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang!




4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta :
Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.





5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat :
Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.




6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : 
Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.




7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam
jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!




8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8
. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!




Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.




Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.




9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak
mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat
overhaul ni!




10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. 


Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.




Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.




Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang!




Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.




DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Cubalah!







Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency
jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas
anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass
sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains
kimia ni kat rumah.




Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali
sekala! ]
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

sumber : sioloon.com

26 May 2011

Hotel pokok di Sweden ! WOW


SEBUAH kontena yang dijadikan hotel diletakkan di celah-celah pokok dekat bandar Harads, Sweden.


STOCKHOLM - Hotel pokok untuk dihuni oleh orang ramai terdapat di sebuah kawasan hutan dekat bandar Harads, Sweden, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik-bilik hotel itu diletakkan pada ketinggian beberapa meter di celah-celah beberapa pokok dan diberi pelbagai nama seperti The Bird's Nest dan The Blue Cone.

Katil dan pelbagai kemudahan lain disediakan dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik hotel termasuk tingkap kaca yang besar bagi membolehkan penghuni melihat pemandangan indah hutan.

"Idea hotel itu ialah untuk mencipta sesuatu yang selesa, hotel yang membolehkan orang ramai tinggal dengan harmoni bersama alam semula jadi di atas pokok," kata pencipta hotel tersebut, Kent Lindwall.
Dia mencipta hotel itu bersama dengan isterinya, Britta Jonsson Lindvall pada tahun lalu.
"Setiap bilik direka supaya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan kebanyakan bilik mempunyai dua katil, tempat duduk tetapi tiada televisyen," tambahnya.

Menurutnya, tangga kayu dan tali disediakan bagi membolehkan orang ramai menaiki hotel itu.
Hotel itu dicat dengan bahan yang membolehkan burung melihatnya pada waktu malam bagi mengelak ia dilanggar.

Kadar menginap untuk satu malam di hotel itu ialah AS$633.18 (RM1,937). - Agensi

Bapa beli sekolah RM4.98 juta demi anak !


MATT HILL bergambar bersama anak perempuannya di Sekolah Mill di Potterne, Britain baru-baru ini.


POTTERNE, BRITAIN - Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut. 

Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil.

Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.
Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu. - Agensi

Puting beliung gergasi di Oklahoma.



GAMBAR yang disiarkan di laman berita Msnbc.com menunjukkan puting beliung gergasi melanda pinggir bandar Oklahoma, Amerika Syarikat kelmarin.


BANDAR OKLAHOMA, Amerika Syarikat (AS) - Imej puting beliung gergasi yang melanda pinggir bandar Oklahoma, AS berjaya dirakamkan menerusi kamera dan disiarkan di laman berita Msnbc.com kelmarin.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila puting beliung itu melanda Oklahoma dan Arkansas.
Empat orang terbunuh di Oklahoma apabila beberapa puting beliung merempuh pinggir bandar ini. - Agensi

25 May 2011

OREO MC FLURRY percuma ?



Haish , cuaca sangat panas. Perut mula nak makan sesuatu je. Aku teringat masa aku beli MC FLURRY kat MCD dulu . Fuh , sedap . Tapi , tapi...... Siket nyah. T_T aku ingat banyak & penuh lah.. tapi half je.. sob3.. T_T kempunan tapi syukurlah dpt rasa drpd tak dapat kan ? hehehe..

Ada OREO MC FLURRY prcuma ke ? Wah.... best ni . Alah , percuma sebab tak kena tax . HAHA. Buat sendiri lah. sama macam MCD punya tau . Sedap & banyak . Boleh makan puas2. Nak cuba ? Mudah je.

Beli aiskrim vanilla kat market tu . beli yg biasa sudah . Lepas tu , beli Oreo . Oreo hendaklah dihancurkan ye dik . Kau nak guna lesung batu pun tak pe ? HAH? :P

Oreo ni aku memang dah beli yang siap hancur punya. Harga dlm RM9-RM10 . Fuh . Mahal kan ? Kalau mahal , sila beli yang biasa tu dan hancurkan sendiri.

ok, dah siap ? taburkan dalam aiskrim vanilla tersebut , dan gaulkan  bagi rata dalam tu .. Then , makan puas2 !! SERIOUS, betul-betul macam MCD punya . HEH . 

Selamat mencuba ! nyam-nyam nak makan lagi sambil mengedit video . Kbai :)

Laman web Sony digodam di tiga negara

Haiya , macam-macam dah jadi kat sesawang ni kan.. byk hackers , godam sana sini.. huii.. best sangat ke buat kerja-kerja macam tu.. siapa yang hackers , sila angkat kaki. HAHA.. :P

TOKYO - Syarikat Sony semalam menyatakan laman webnya di tiga buah negara telah digodam termasuk di Greece. Di Greece, sebanyak 8,500 akaun pengguna Sony telah terjejas.

Namun, syarikat itu menganggap data kad kredit pengguna telah dicuri penggodam.
Syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya pada Ahad lalu mendapati berlaku satu perlanggaran kawalan keselamatan di laman Greek Sony Music Entertainment.

Ekoran gangguan itu, pihak syarikat tersebut bertindak segera dengan menutup perkhidmatan berkenaan.
Syarikat dari Jepun itu juga menyatakan bahawa satu muka surat di laman webnya di Indonesia juga telah dipinda.
Laman web muzik tersebut di Thailand juga tidak didapati mengalami masalah dan ia kemungkinan mengalami serangan pengodam untuk mencuri maklumat. - AFP

24 May 2011

Penulis Blog Menghina Islam !

Dari semalam SM menghidu mengenai penulis blog ini.. Nauzubillah. Menghina Islam & Nabi Muhammad SAW kita semua. SM tengok ramai yang komen entry-entry yang ada di blog tersebut. Kebanyakkan entri masih baru. Makin dilayan , makin menjadi-jadi. . Semoga pihak kerajaan dan SKMM  mengambil tindakan. Boleh mencetuskan kemarahan umat Islam . Lagi2 negara kita sendiri.. Tak tahu lah agama & bangsa apa.. Tapi yang pasti blog tersebut berbahasa Melayu. Terdapat banyak gambar yang menghina Islam. Ini Blog tersebut . Sedih tengok . T_T  Taknak letak gambar menghina Islam di blog SM yang bersih ni . Tengok jela kat blog tersebut. Terkejut. Mari sama-sama kita report ke SKMM di sini !

Dua pekebun cipta taman tergantung !! Wow !!


TAMAN tergantung dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea di London sejak Sabtu lalu.
 
 
Huish !! Bestnya cipta taman tergantung !! bila lah pulak rumah aku nak tergantung yek? Hahaha.. rumah flat ok la kot tergantung?? tinggi jugak tu.. :P
 
LONDON - Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu.
Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini.
Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung.

Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren.
"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya.

Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron. - Agensi

Berkahwin selepas 28 tahun bertunang!!!!


IVAN BROWN dan Barbara Furlonger melangsungkan perkahwinan di Hospital Diraja Brompton di London pada Jumaat lalu.


FAIR OAK, Britain - Seorang perunding hospital, Ivan Brown dan pesara juruadiografi, Barbara Furlonger akhirnya berkahwin selepas bertunang selama 28 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Brown, 63, dan Barbara, 55, berkahwin di Hotel Botley Park dekat kediaman mereka di sini di depan 40 rakan rapat dan anggota keluarga pada Jumaat lalu.
Pasangan itu berkenalan buat kali pertama di unit rawatan rapi Hospital Diraja Brompton di London pada 1981 dan bertunang dua tahun kemudian.
Menurut Barbara: "Saya seolah-olah tidak percaya hari itu (berkahwin) akhirnya sudah tiba dengan kami menjadi suami dan isteri. Ia telah menjadi satu pertunangan maraton."
Pasangan itu sebelum ini tidak dapat melangsungkan perkahwinan kerana kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Saya tidak pernah meragui bahawa ia (perkahwinan) akan menjadi kenyataan kerana kami selalu menyatakan bahawa kami bakal berkahwin pada satu hari nanti.
"Namun, disebabkan kami berdua bekerja dalam perkhidmatan kesihatan kerajaan dan selalu dipanggil (bertugas), kami jarang mempunyai cuti rehat yang sama," kata Barbara. - Agensi

Bukit Tinggi Pahang

 

Tengok lah. Gambar kat Bukit tinggi pahang ni pun dah nampak menarik ...
Aku teringin gila nak pergi sini daripada aku pergi Genting. T_T
Suasananya memang mendamaikan...
Aku suka dgn alam semulajadi macamni.. Aicyehh..
Serius lah cantik & damai dari tmpt aku yg bingit dan stresssssssssssssssss!! Grrr..

Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di Pahang, Malaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale.




cantik kan ?






tengok , Bendera Malaysia ok, serius mcm kat Perancis pulak.. :)

ok , aku ada buat review mengenai tempat ni di google ..hehehe

Bukit Tinggi ni adalah salah satu tempat peranginan tanah tinggi di Pahang selain Fraser Hill , Cameron Highland dan Genting Highland. Ketinggian tempat ini adalah 2500 dari paras laut. Dikenakan bayaran RM10 untuk masuk .. betul ke?

Antara tempat - tempat pelancongan sekitar kawasan ini adalah Taman Arnab, JApanese Tea Garden , Botanical Garden, Colmar Tropicale dan tempat menunggang kuda. Tempat pertama yang kami lawati adalah Taman Arnab.Taman ini macam mini zoo dan sesuai untuk keluarga. untuk masuk ke taman ni , ada bayaran masuk kalau tak salah RM 3. sebelum tu kalau ada yang minat menunggang kuda , Berjaya Hill Horse Riding ada di bahagian mula sebelum sampai ke Taman Arnab ni.
Serius la.. aku nak pergi tempat ni.. boleh posing sakan , hehehe... ish, siapa yang pernah pergi sini? Ceritalah sikt.. T_T

P/S : AWAK , OH AWAK .. JOM PERGI SINI JOM.. :P



23 May 2011

iluvblog blogwalking community !

Salam . Jom sertai satu arena baru dalam dunia blogging.. Weee.... Website ini telah mengumpulkan kesemua group2 blogger yang ada seperti sahabat blogger , BTO , & lain-lain lagi.. Dengan adanya website ini , korang mudah untuk blogwalking ok ! hanya dgn left click sahaja.. ops, bkn right click ok.. MUDAH DAN PANTAS.. percayaaaa... hehhe... So , siapa yang sukakan blogwalking ni , jom kita blogwalking ramai-ramai.. oh , yeah !!..

Ok , dalam ni saya nak pilih BLOGGER MALAYA GROUP ... Hehee.. dalam blog pun Bahasa Melayu.. So, nak lah masuk group ni... Tegar dgn Melayu... :P 

Jom , nak terangkan serba sedikit mengenai iluvblog Blogwalking ni .... :))

terdapat 7 group blogger di komuniti iluvblog^walking.Antaranya :

  • Blogger Tercinta Official
  • Sahabat Blogger
  • Blogger Pantai Timur
  • Blogger Bawah Tanah
  • Kita-Blogger Group
  • Blogger Malaya Group
  • Special group

Setiap group akan di isi dengan 500 blog..Jadi semuanya berjumlah 3500 blog ! Anda akan muntah kerana blogwalking..hehe


Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah :

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )
  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut


 Tag :



Dah faham ? Mahu join sekaki tak ??? JOm.... KLIK SINI untuk ke website iluv Blogwalking Community , dan KLIK SINI untuk sertai bersama.... jom share dgn blogger-blogger lain...yeeehhaaaa.... 


P/S : SUDAH 600 FOLLOWERS !! TERIMA KASIH DAUN KELADI .. EH , SEMUA BLOGGER.. ^^ SIAPA YANG KE 600 TU ?? JOM TERJAH , BLOG BELIAU SANGAT2 OSEM TAU... SUKA , SEBAB SIMPLE MCM SAYA..WEEE.... AND , BELIAU ADA BUAT EDIT BLOG SECARA PERCUMA !!!! AUWW.. SAYA NAK MOHON.. ANDA BILA LAGI ? HEEE.... KLIK SINI !! PASTI TERUJA....hhihihii ;P

21 May 2011

Kereta Ferrari disimpan di dalam rumah !!


KERETA Ferrari F355 milik Jon Ryder disimpan di dalam rumahnya di Sheffield, Britain.



Setahu aku , aku tak pernah lah lagi dengar kereta simpan dalam rumah..HAHA.. Aku selalunya buat kerja gila simpan motor dalam rumah bila balik kampung..KAHKAHKAH. Masa kecik pulak simpan basikal dalam rumah...HAHAHA..tu pun time family aku nak balik kampung la...Hish...kereta simpan dalam rumah?? Gilo..Kompem rumah dia besar kan, kan? Huhuhu... Bagus punya idea.. T_T

SHEFFIELD, Britain - Seorang pemuda, Jon Ryder menyimpan sebuah kereta Ferrari F355 di dalam rumahnya sejak tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta buatan 1996 yang mempunyai kelajuan sehingga 294.50 kilometer sejam itu dibelinya lebih tiga tahun yang lalu.

Menurut Ryder, apabila berpindah rumah bersama isterinya pada tahun lalu, dia melihat terdapat ruang depan dalam rumahnya yang boleh diubahsuai untuk menjadi garaj menyimpan kereta idamannya itu.
Pintu 'garaj' yang menjadi laluan masuk kereta sport itu terlindung dengan kain langsir dan dia mengambil masa selama sebulan untuk melakukan pengubahsuaian.

Kereta itu berharga £83,000 (RM405,936) semasa dikeluarkan pada tahun 1990-an tetapi kini nilai kenderaan tersebut berkurangan kepada sekitar £35,000 (RM105,437).
"Saya masih tersenyum pada setiap hari kerana memiliki kereta idaman saya," kata Ryder. - Agensi

Melamar kekasih dengan filem sendiri!

MATT STILL melutut di depan Ginny Jioner untuk melamarnya di dalam sebuah pawagam di Atlanta baru-baru ini.





ATLANTA - Seorang lelaki, Matt Still dari sini melamar kekasihnya di dalam panggung wayang yang menayangkan filem yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekasih Still, Ginny Joiner pada awalnya dikatakan ingin menonton filem Hangover 2 di sebuah pawagam.
Dia tidak tahu bahawa reaksinya terhadap lamaran akan dirakam secara rahsia, selain ahli keluarga dan rakan-rakan mereka berada dalam panggung yang sama. 

Dalam filem itu, Still berbual dengan bapa Ginny bagi memberitahu dia mahu berkahwin dengan anaknya itu.
Ginny berasa terkejut apabila melihat adegan tersebut.
Still kemudian melutut di hadapan Ginny sebelum menyarungkan cincin di jarinya.
Semua yang ada di dalam pawagam itu bersorak dan menangis kegembiraan. 

Rakaman itu yang bertajuk Greatest Marriage Proposal EVER!!! yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube berjaya menarik setengah juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari. – Agensi

Imej menakjubkan di tasik Iceland

IMEJ cahaya yang menajubkan dirakamkan oleh Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu.





REYKJAVIK - Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. - Agensi

Gambar rajah kapal Titanic dilelong


Kapal Titanic.



LONDON - Satu gambar rajah kapal Titanic yang digunakan dalam siasatan mengenai punca ia karam pada 1912 mungkin dilelong dengan harga £150,000 (RM451,500) dalam satu lelongan pada 28 Mei depan di Devizes, Wiltshire, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Gambar rajah sepanjang 9.93 meter itu menunjukkan bahagian kapal yang terkena bongkah ais yang menyebabkan kapal tersebut karam pada 15 April 1912 yang mengakibatkan 1,517 orang terbunuh di Lautan Atlantik.

Ia dilukis dengan menggunakan dakwat India dan dilukis di atas kain linen digantung di dalam bilik perbicaraan bagi memudahkan 100 saksi memberikan keterangan berhubung kes kapal tersebut karam.
Kapal itu karam dalam pelayaran menuju ke New York dari Southampton. - Agensi

20 May 2011

Tengkorak Mona Lisa ditemui ????!!


TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence baru-baru ini.




FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.



Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.

Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.

KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita

dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence, Itali kelmarin.
 
 
Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.

Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.
Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. - Agensi
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol