Angel Wing Heart

30 April 2011

Wow! Laman web jual dan beli barang cuma RM14.80 !


LAMAN web Fiverr.com.

LOS ANGELES - Satu laman web terkenal, Fiverr.com membenarkan para penggunanya untuk membeli dan menjual pelbagai produk atau perkhidmatan selagi ia tidak menyalahi undang-undang serta moral pada harga hanya AS$5 (RM14.80), lapor sebuah akhbar semalam. 

Dilancarkan sejak tahun lalu, laman web itu telah menawarkan lebih 150,000 perkhidmatan seperti pemasaran, sokongan teknologi, mengedit resume, nasihat fesyen, selain menulis dan membuat persembahan lagu selamat hari jadi dalam klip video. 

Seorang ahli psikologi dari Brooklyn, Suzanne menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menulis dan mempersembahkan lagu kepada para kliennya.
Sudah menggunakan laman web tersebut selama enam bulan, dia telah menjana pendapatan lebih AS$500 (RM1,482) setakat ini dengan menulis lagu hari lahir dan menyanyikannya dengan menggunakan piano atau klarinet. 

"Ini cuma perkara yang saya lakukan untuk berseronok, tetapi ia benar-benar meningkatkan kebolehan saya menulis lagu," kata Suzanne. 

Sementara seorang pereka grafik, Mary Ingrassia dari Howard Beach, Queens pula menjual perkhidmatan pengiklanan yang unik dengan menggunakan gambar burung kakak tua peliharaannya, Pickle.
Sejak menggunakan Fiverr.com pada Januari lalu, dia telah memperoleh pendapatan lebih AS$625 (RM1,852). - Agensi

29 April 2011

Genap sudah 22 minggu aku praktikal di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.


Alhamdullilah.. dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga BTPNS terutamanya Unit Promosi , Inovasi dan Media kerana sudi memberikan aku ilmu dan mengambil sebagai pelatih di sini :)  Kali ni , aku nak share dengan korang semua dengan gambar2 kenangan aku di sini.. Sebenarnya banyak..tp malas la pulak nak upload byk2.. hehehe.... Masa majlis perpisahan , banyak cenderahati yang mereka bagi, tapi aku tak kesempatan nak bagi apa2..hehehe.. malu jugak..tapi takpe..ada kelapangan satu hari nanti, kita jumpa dan makan ramai2..ekekekeK.. :p

Lepas ni , aku cuti sem selama 2 bulan disebabkan aku tak take short sem bulan may ni.. hahaha.. kesuntukan masa...lagipun hanya satu subjek  je yg ditawarkan : music....  sem akan dtg aku take subjek lain lah...haiya......... tinggal 2sem lagi...bermakna 1tahun lagi..pasni cari kerja & bergatal fikir masa depan pulak.. kehkehkeh.

 
ok, memang i PENDEK xD

Berlambak report yg aku nak usahakan ni.. pasni , berhabuk siket la blog aku yek..hehehe... apa2 pun , aku kne settle kan prob aku dlu... pasal rumah sewa , transpot , dll...pening-pening =_=

Rasanya malas nak bebel pjg2 kot? heee~~ kita usha gmbar2 kenangan aku di sini jela yee...heee.... BYE!





p/s : Rasa tak percaya yang aku dah habis praktikal !!! wohhhaaooo..... :p

Pertandingan arnab melompat ! :)




 



JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.

Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.

"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.

p/s : my rabbit boleh tak lompat tinggi2 camni ?? heheheehee......comelnyee.. :)

28 April 2011

Imej Kuntilanak di Jambatan runtuh.

HANTU kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Pego Guntoro dekat sebuah jambatan di Tanjong Anom, Indonesia pada Isnin lalu.



TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin lalu. 

Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.

"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.

Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.

Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu. 

Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. - Agensi

Berpelukan elak dihanyut ombak besar.


DUA orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu (dalam bulatan) ketika ombak gergasi melanda sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara.

CASTLEROCK, Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.
Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut. 

Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat. - Agensi

25 April 2011

Bapa CD meninggal dunia


NORIO OHGA memegang cakera mini Sony pada bulan Mei 1991 di New York.

TOKYO - Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang membantu mengubah industri muzik dengan memajukan format cakera padat (CD) meninggal dunia semasa berumur 81 tahun.

Graduan sekolah muzik itu yang menjadi presiden dari 1982 hingga 1995 meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana kegagalan beberapa organnya berfungsi.

Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik dengan format CD pada 1982 bersama dengan syarikat Royal Philips Electronics.

Keputusannya untuk membeli syarikat Columbia dengan harga AS$3.2 bilion (RM10.21 bilion) pada 1989 sekali gus menjadikan Sony sebagai konglomerat hiburan.

Dia turut mereka bentuk logo Sony dan pada zaman pentadbirannya, syarikat itu memasuki pasaran permainan video.

Pada 1993, Ogha melancarkan syarikat Sony Computer Entertainment Inc yang terlibat dalam pasa-ran permainan video yang didominasi syarikat Nintendo dan Sega. - Agensi

24 April 2011

Muka Cek macam Lisa Ke? Sila Muntah Hijau. Hahaha.

Serupa sikit Lah kan ? Kan ? Boleh Laaa.....Hahahaha . Geli . :p


Saja Nak berjenaka . Tapi Tak kesah kot kalau muka kitaorang sama. Alaahh.. Korang jelesss... Tau2 ... Hahaha.. Oklah , Agak busy lah bulan ni dan bulan seterusnya. Banyak Kau aku nak buat report praktikal dan settel kan semuanya... =_= Korang bukan nak tolong pun. Huh. 

Btw , Doakan yg terbaik untuk aku yeh. ? :) Banyakkkk....benda aku nak uruskan . Weyh , Lagi setahun je nak habis belajar. Lepas ni bolehlah kerja. HUhuhuhu... Tak sabar nak kumpul duit. Dan aku pernah merasakannya macamana bekerja keras. Aku bukan anak yg manja ok. Aku pandai berdikari. So, Tak payah lah ada orang nak risau sangat dengan aku. Kiranya aku ni budak jantan yg ayu jugak lah kan ? BhahahahHHAHA.

Nak pi gi KFC , then buat kerja2 berlambaaakkkkkk mcm kat pasar tani tuhh.. Huhu. 

Semalam aku tengok filem SENJAKALA.. pssttt! tak best. Tak seram langsung . Memang pandai aku ni bab kritik. KAHKAH. Ada satu babak tu , tersilap buat. Pehh.. Mata aku nampak pulok. Ada ke suruh pegang bahu kiri , tapi dye pegang bahu kanan ??  tak pe. ini satu teguran. Filem Malaysia pun dah ok sekarang . Pasni nak tunggu filem KARAK pulak. Hei , aku mmg suka tengok filem seram . sampailah aku nak rasa yg betul2 seram. heee..~ .

Rajin2 lah  jenguk blog aku yg sangat cantekk nih ! KAHKAHKAH.

23 April 2011

Batu mistik selamatkan penduduk terkena tsunami ??!


SEBUAH batu yang mengandungi amaran pembinaan rumah menyelamatkan penduduk kampung terkena ombak tsunami di Aneyoshi pada 11 Mac lalu.



IWATE - Sebongkah batu setinggi 1.21 meter didakwa menyelamatkan nyawa penduduk kampung di Aneyoshi ketika bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat dalam laut, lapor sebuah akhbar kelmarin. 

Padanya, ditulis amaran yang meminta penduduk jangan membina rumah melepasi batu berkenaan kerana mereka mungkin berdepan dengan bencana banjir akibat tsunami.
Penduduk kampung tersebut mematuhi larangan purba itu. 

Hasilnya, komuniti yang hanya melibatkan 11 buah rumah dan 34 orang penduduk terselamat daripada terkena ombak tsunami. 

Aneyoshi terletak di kawasan pergunungan wilayah Iwate yang terjejas teruk dalam bencana tsunami baru-baru ini. Kira-kira 91.4 meter ke bahagian bawah bukit dari batu itu terdapat satu garisan biru dicat di atas jalan. 

Garisan itu menandakan paras air banjir tsunami pernah sampai pada takat tertingginya iaitu 38.8 meter.
Sejarah Jepun menghadapi tsunami membawa kepada kewujudan batu-batu amaran itu yang juga menjadi pemandangan biasa di sepanjang pantai negara tersebut. 

Generasi terdahulu cuba memberi amaran kepada anak cucu mereka tentang bahaya tsunami. Ada antara batu itu yang berusia 600 tahun. 

"Batu-batu tsunami ini menjadi amaran dari satu generasi ke generasi. Ia memberitahu supaya mengelak daripada penderitaan yang dialami oleh nenek moyang mereka," kata pakar bencana alam dari Universiti Ritsumeikan di Kyoto, Itoko Kitahara. 

Tsunami yang berlaku pada tahun 1896 dan meragut 22,000 nyawa telah meyakinkan penduduk Aneyoshi untuk berpindah ke kawasan tinggi. 

Namun, apabila populasi kian bertambah, mereka berpindah semula ke kaki bukit. Apabila sekali lagi dilanda tsunami pada tahun 1933, hanya empat orang yang terselamat.
Selepas bencana itu, orang kampung menanam batu amaran dan berjaya menyelamatkan nyawa mereka apabila tsunami berlaku pada tahun 1960. 

"Mereka tahu betapa dahsyatnya tsunami, jadi batu itu didirikan untuk memberi amaran kepada kami," kata ketua kampung di Aneyoshi, Tamishige Kimura. - Agensi

22 April 2011

Kad kahwin pelakon , Zed Zaidi & bakal isteri unik ! Kad mcm Facebook tu.....Wow!


Kad kahwin Zed Zaidi & bakal isterinya Natalia Mustafa Kamal direka bentuk menyerupaikan muka depan Facebook. Kisah Zed Zaidi yang bertemu jodoh dengan Natalia di Facebook amat dramatik. Bertemu dalam Facebook sebagai rakan sekitar tahun 2008, kemudian Zed Zaidi membantu Natalia mengusahakan perniagaan secara online.

Namun, selepas Zed Zaidi menunaikan umrah, dia mendapat petunjuk bahawa Natalia adalah calon yang sesuai.



Zed Zaidi akan melangsungkan perkahwinannya di Dewan Perdana Felda pada 7 Mei & sebelum itu melangsungkan majlis pernikahan di Restoran Felda Villa pada 29 April ini. Tahniah !

Kredit penuh berita OHBULAN!


Jom tengok design kad kahwin seperti ni di SINI

19 April 2011

Blogspot akan dipadam? NO !!! Korang dah salah faham. jangan tukar ok..

Assalammualaikum.. eh, siapa yg dah tukar tu mesti dah terkena dgn pelbgai prob dlm blog kan? Yang belum tukar, jangan tukar !!! Semua ni salah faham.. Wani tau semua dah kecoh pasal benda ni.. tp wani ada terjumpa satu blog yg menerangkan benda ni secara terperinci... xde bukti, jgn buat dulu..ye... 


ni adalah salah satu entri beliau.....

Actually dia akan delte  account tuh kalau tak di login sejak 2007… cuba baca ayat ni…

Posted by Brett Wiltshire, Product Operations
(This message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.)
There was a time early on in Blogger’s life where we had our own, custom account system for handling login authentication. Starting in 2006 all new Blogger accounts were created using the official Google accounts system, and then in 2007 we started the process of moving all of our legacy users over to the Google accounts system. Now, four years later, we’re finally at the home stretch of the transition. For a number of technical and operational reasons, we’ve decided to finally end our support for migrating legacy accounts and blogs after June 25th, 2011. So if you have a Blogger account and haven’t logged in since 2007, you will lose access to the account and associated content permanently unless you update to the Google Account system before June 25th.
Updating to the new account system is easy and should take just a few minutes. We really do value all of the content that has been created on Blogger and we hope that as many people as possible will reclaim their blogs. If you’ve been avoiding this task for a while, we encourage you to head over to the Legacy migration page and update your account.
We’ll be sending a similar notice later this week via email to all of the email addresses associated with the legacy accounts we have in our database. In a few weeks we’ll also make another announcement here on Buzz, with more specific updates on the transition. If you have any other questions about this process, please let us know by posting your issue in the Login section of our Help Forum.


Nak tahu lebih lanjut , KLIK SINI....THks kepada beliau sebab selidik benda ni...i dah la malas nak selidik.. kehkehkeh
SILA LEBIH BERHATI-HATI....

18 April 2011

Rubella oh rubella. Korang yang perempuan dah kena suntikan belom? AKU? belum !!!

Assalammualaikum. Kali ni nak bercerita pasal Rubella. Aku pernah tanya mak aku, beliau dulu kena suntikan rubella bila? Ok, kalau dulu-dulu zaman mak dan makcik aku, mereka dah dapat suntikan sama ada darjah 6 atau  form 3 lagi. Aku ni, form 3 tak dapat suntikan rubella apa-apa . Apatah lagi darjah 6. Ciss.. yang aku dapat , suntikan demam campak je.. tak pernah kena demam campak smpai umur aku 20thn. Alhamdullilah..hehehe.. yela.. kalau masa aku form 3 tu, takkan la tu suntikan rubella. sebabnye sekali dengan pelajar2 lelaki jgk yg dapat suntikan..HAHAHA.. 

Ini bermakna , aku kena lah ambil suntikan rubella before kahwin nanti.. haiya... ok, nak tau pasal rubella tak? dan kesan-kesannya? Khas untuk kaum pompuan ni.. Beware ok. sebelum kahwin , dapatkan suntikan rubella utk mengelakkan anak cacat & dijangkiti virus merbahaya.. takkan nak biarkan janin korang kena penyakit kan.. kesian lah siket. dah la susah nak buat anak. miahahahaha :p 


Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah kulit yang tidak serius. Namun jika seorang wanita hamil dan dijangkiti Rubella, maka virus ini akan menyerang janin dalam kandungan.  

Usia kehamilan tiga bulan pertama adalah jangka masa yang amat berbahaya. Rubella boleh menyebabkan beberapa kecacatan pada bayi yang dihamilkannya:              
1. Kehilangan pendengaran atau pekak (deafness)              
2. Kebutaan atau masalah penglihatan              
3. Masalah jantung, otak dan saraf.              

Sangat berisiko tinggi jika anda hamil dijangkiti virus Rubella dan anak yang dihamilkan mungkin mendapat kecacatan itu.  
            
Namun jika tidak pasti adakah  telah disuntik dengan vaksin Rubella, boleh melakukan pemeriksaan darah untuk menentukan tahap immuniti anda. Maka sebelum berkahwin, seeloknya  menjalankan ujian ini jika  tidak pasti adakah telah disuntik atau belum. Jika sudah berkahwin, segeralah melakukan pemeriksaan ini. Sekurang-kurangnya enam bulan sebelum  mengandung. Jika  disahkan tidak mempunyai antibodi atau dengan kata lain tidak immune terhadap virus Rubella, segeralah mendapatkan suntikan Rubella.              

Namun begitu sebelum disuntik, pastikan :            
  1. Tidak sedang hamil atau tidak merancang kehamilan dalam masa 3 bulan.            
  2. Tidak demam atau penyakit-penyakit lain yang serius.            
  3. Tidak mempunyai penyakit yang immunosuppressant (daya tahan yg kurang) eg kanser, leukemia dan lymphoma    
  4. Tidak mengambil apa-apa ubat seperti prednisolone, buat rawatan kanser yang boleh merendahkan daya tahan anda.       
  5. Tidak menerima gamma globulin (immune globulin) dalam masa 3 bulan yang lepas.            
Bagi sesape yang rasa ragu-ragu dah kena suntikan Rubella atau belum, boleh je nak dapatkan sekali lagi. Sekurang-kurangnya kita pasti yang kita dah dapatkan suntikan tu. 

Blogger siapa yg ambil suntikan ni before kahwin? sebabnye tak dapat suntikan masa sekolah. Meh , klik sini.. baca pasal beliau & rubella :)

        

17 April 2011

Bentuk Awan Lenticular yg Unik . Mungkin ni lah yg disangkanya UFO.

 
 

Lenticular Clouds adalah awan yang unik yang biasanya terbentuk di sekitar bukit-bukit dan gunung, sebagai akibat daripada hasil jalannya udara yang bergerak. Awan ini terlihat cukup berbeza, seperti piring terbang raksasa atau sesuatu seperti tumpukan miring dari pancake.Banyak gunung terkenal di seluruh dunia sering difoto dengan terdapat awan lenticular, termasuk Gunung Shasta dan Gunung Fuji. 

Anda juga mungkin mendengar awan ini disebut lenticularis berdiri altocumular. Mereka terbentuk ketika arus udara lembab dipaksa ke atas saat dihantar melalui sebuah gunung, menyebabkan air memeluwap dan membentuk awan. Kadang-kadang hawa dipaksa menjadi pola gelombang, menghasilkan apa yang dikenali sebagai awan gelombang. awan gelombang dapat dilihat seperti string cakera menyebar keluar dari sisi bawah angin gunung. Mereka juga dapat membentuk gelombang miniatur yang kadang-kadang tampak persis seperti laut berombak. 

 
 

Satu hal menarik tentang awan lenticular adalah bahawa mereka kelihatan seperti mereka sangat diam dan membeku dalam waktu. Ini tidak, pada kenyataannya, kes ini. Awan ini kelihatan stasioner kerana aliran udara lembap terus memberikan awan dari sisi atas angin bahkan sebagai air menguap dan lenyap dari sisi bawah angin.awan Lenticular dapat dilihat seperti mereka melayang-layang selama berjam-jam atau hari, sampai perubahan angin atau cuaca dan awan menyebar. 

Mengamati dan mengenal pasti awan lenticular umumnya cukup mudah, kerana awannya begitu khas. Jika anda pernah melihat awan yang kelihatan seperti piring terbang, kanta, atau baret raksasa, anda sedang melihat awan lenticular. Jika anda melihat sekeliling awan, anda mungkin melihat ciri-ciri geografi yang mencipta keadaan yang mengarah pada pembentukan awan lenticular. Jika anda tidak melihat gunung atau bukit, ada kemungkinan arus hawa berjalan di arah yang berlawanan untuk mencipta awan gelombang. 

 
 

Banyak orang menikmati memotret awan lenticular kerana mereka kelihatan tidak biasa dan ia sangat menakjubkan. Jika anda kebetulan tinggal berdekatan gunung yang sering dibungkus dengan awan lenticular, anda mungkin mendapati menarik untuk memotret setiap hari, melihat cara bergerak awan dan perubahan dengan cuaca. Setelah beberapa tahun, anda mungkin mendapati diri anda mampu membuat ramalan cuaca berdasarkan kedudukan, kewujudan, dan bentuk awan. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
thks to LIYANA SYAFIQAH :)

15 April 2011

Pokok Baobab sebagai penyimpan air?


PENGENALAN

Adansonia yang biasa dikenali sebagai pokok baobab adalah satu genus yang mempunyai lapan spesis; 6 pokok semulajadi di Madagascar, 1 di Afrika dan 1 di Australia. Nama lainnya termasuklah boab, boaboa, bottle tree, upside-down tree dan monkey bread tree.

Pokok dari spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5 – 30 meter dan dahannya berdiameter 7 – 11 meter. Glencoe Baobab, contoh Baobab Afrika di Limpopo Province, Africa Selatan adalah merupakan pokok baobab terbesar yang masih hidup dikatakan 47 meter tingginya (154 kaki) dan purata diameternya pula 15.9 meter (52 kaki). Pokok baobab dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya, namun sukar untuk dibuktikan fakta ini.

Pada awal tahun 2008, peningkatan untuk memajukan baobab ; produk yang kaya dengan nutrien itu bagi bahan mentah untuk produk pengguna.

KEGUNAAN POKOK BAOBAB: 
  • SEBAGAI PENYIMPAN AIR
Pokok Baobab menyimpan air dalam batang pokoknya yang kelihatan seperti membengkak itu (sehingga 120,000 liter!) untuk membantu memberi kelembapan kepada kawasan persekitarannya . Ini berlaku pada waktu musim terutama musim kering kontang dengan meluruhkan daun-daunnya.
  • MAKANAN
Daun Baobab biasanya digunakan dalam masakan sebagai sayuran di Afrika. Ianya boleh dimakan segar atau pun setelah dikeringkan; digelar kuka dan selalunya dibuat sup.

Buahnya pula berkhasiat mungkin terdapat lebih vitamin C berbanding buah limau dan dikatakan juga melebihi kandungan kalsium daripada dalam susu lembu. Isi buahnya yang dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya dimakan begitu sahaja atau dicampurkan ke dalam bubur nasi atau susu. Di Malawi, isi buahnya digunakan untuk membuat jus yang berkhasiat. Di Zimbabwe pula, buahnya yang digelar mawuyu itu adalah buahan tempatan dan digunakan untuk membuat krim tartar . Di sebahagian tempat di Afrika Timur pula, isi buah yang dikeringkan disaluti dengan gula (selalunya berwarna merah) dan dijual dalam bungkusan sebagai candy yang dipanggil “ubuyu”. Biji baobab kebanyakannya digunakan untuk memekatkan kuah sup tetapi ada juga yang menjadikannya bahan perap dalam masakan, atau dibakar untuk terus digunakan atau pun dikisar untuk diekstrak minyak sayuran.

Pokok Baobab juga adalah merupakan sumber fiber, dye (pewarna) dan minyak mentah. Di Tanzania, bahan dari pokok ini dicampur ke dalam air tebu bagi membantu proses penapaian untuk membuat arak. Isi buah baobab boleh disimpan lama untuk digunakan dalam proses pengeluaran minuman ringan tetapi mestilah disimpan dalam bekas kedap udara.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.

Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji.

Buahnya mempunyai rasa masam seperti kulit limau. Ada pula yang mengatakan ia seperti jus buah-buahan.
Ia kaya dengan khasiat. Itulah buah pokok baobab yang merupakan sejenis pokok berbatang besar yang terdapat di Afrika. Buahnya boleh dimakan. Namun, ia tidak kelihatan menyelerakan.

Bagaimanapun, firma-firma Eropah tidak lama lagi mungkin akan menggunakan pulpa atau isi buah tersebut sebagai perasa bagi coklat bijirin atau minuman selepas berjaya memperoleh kelulusan Suruhanjaya Eropah sebagai makanan.

Keputusan pada Julai lalu telah meletakkan buah tersebut pada radar pembangunan produk terhadap pengeluar makanan.

Pakar perniagaan dan pembangunan berharap perkara itu akan turut memberi faedah kepada jutaan rakyat Afrika yang hidup dalam kemiskinan kepada satu kehidupan yang lebih baik.

Laporan pada 2007 oleh Institut Sumber Semula Jadi Britain menganggarkan bahawa di bahagian selatan Afrika sahaja, penuaian pokok boabab boleh menjana pendapatan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.52 bilion) setahun dan menggaji hampir 2.5 juta pekerja.

“Potensinya amat besar. Kami yakin bahawa ia akan membawa satu keuntungan kepada semua terutamanya pengeluar,” kata Dr. Lucy Welford selaku pengurus pemasaran PhytoTrade Africa, sebuah organisasi perniagaan yang berkempen untuk kebergantungan kepada penggunaan produk asli Afrika.

Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.
Adakalanya, kanak-kanak yang kelaparan akan menghisap isi buah baobab seperti snek.

“Saya boleh katakan ia seperti buah anggur dan asam jawa sebagai sejenis bahan perasa,” kata Welford yang menjangka buah baobab akan digunakan buat kali pertamanya sebagai perasa jus buah dan coklat bijirin.
Selain itu, buah baobab juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim, jem atau produk berasaskan roti dan kek.

PhytoTrade mula memohon kelulusan untuk menjadikan isi buah baobab sebagai bahan perasa pada tahun 2006.

Welford berkata, kelulusan tersebut telah meningkatkan minat media dan syarikat tertentu dan PhytoTrade telah bertemu dengan pengeluar dan pengilang produk makanan di Britain untuk membincangkan potensi pasaran buah tersebut.

PhytoTrade bekerja dengan sebuah firma di Afrika Selatan, Afriplex yang membekalkan isi dan ekstrak buah baobab.

Pakar mengatakan pokok gergasi baobab yang berbentuk seperti botol dan mempunyai dahan bercabang membawa identiti mistik tersendiri dan sejarah yang bakal melariskan jualan produknya.

“Rasanya yang masam, berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta cerita menarik di sebalik pokok baobab akan memberi nilai tambah terhadap produk yang dihasilkan daripada buahnya kelak,” kata pakar ekonomi, Ben Bennet yang menulis laporan untuk Institut Sumber Semula Jadi pada tahun 2007.

Mempunyai pelbagai nama seperti Upside-down tree kerana bentuknya yang ganjil, Bottle tree kerana kemampuannya menakung air atau Tree of life, pokok baobab telah melalui satu proses semula jadi yang lama dan mengagumkan.

Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji. Buah baobab telah dijual di pasar-pasar sekitar Afrika Utara sejak abad ke-16.
Pokok itu biasanya boleh hidup sehingga 500 tahun. Malah, ada juga yang dikatakan hidup sehingga 5,000 tahun dan menjadi simbol kebanggaan warga Afrika.

Di Senegal contohnya, mayat ketua atau pemimpin sesuatu kaum akan ditanam di pangkal pokok baobab sebagai penghormatan kepada mereka.

BUAH BAOBAB

Sebelum lampu hijau diberi oleh Kesatuan Eropah terhadap penggunaan buah baobab untuk dijadikan makanan atau bahan perasa, beberapa orang luar telah pun mengetahui nilai istimewanya.

Sebuah syarikat di Itali, Baobab Fruit Company Senegal (BFCS) telah menghasilkan rangkaian produk daripada buah baobab di Senegal sejak beberapa tahun lalu termasuk isi buah, biji dan minyak untuk dijual di Eropah sebagai makanan tambahan dan produk kosmetik.

“Bagi kami, ia adalah buah masa depan. Ia mampu memberi kesan besar di Afrika,” kata Laudana Zorzella dari BFCS di Dakar yang telah mengkaji potensi buah baobab sejak sedekad lalu. – Reuters



Sumber: http://wannura.wordpress.com/2010/07/11/baobab-adansonia-pokok-masa-depan/ & Liyana Syafiqah :)

14 April 2011

Hutan Aokigahara - Hutan Bunuh Diri? 100 Mayat Bunuh Diri Ditemui Pada Tahun 2003 !

 
salah satu 'pemandangan indah' di hutan Aokigahara! Cara Biasa membunuh diri di hutan ini

Hutan Aokigahara. Hutan ini yang turut dikenali sebagai See of Trees terletak di Gunung Fuji, Jepun. Gunung Fuji sentiasa dikaitkan sebagai gunung paling suci bagi rakyat Jepun.  Oleh yang demikian, ada di kalangan mereka bertindak ‘mencabut nyawa’  masing-masing di sini. Mungkin bagi orang Jepun, bunuh diri telah menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Masakan tidak, ketika WWII, ramai tentera jepun meninggal disebabkan amalan Harakiri dan Kamekaze mereka.

Sanggupkah anda berkhemah di sini?

Salah seorang daripada mereka yang mengakhiri riwayat mereka di tali gantung buatan sendiri.

Hutan Aokigahara telah menjadi tempat paling popular di Jepun untuk membunuh diri. Pada 2002, 78 mayat ditemui dengan pelbagai keadaan. Ia meningkat berbanding 73 mayat ditemui pada tahun 1998. Bagaimanapun, pada tahun 2003, sebanyak 100 mayat ditemui. Pada tahun berikutnya, kerajaan Jepun tidak membenarkan hebahan jumlah mayat ditemui, bimbang ia akan menarik minat lebih ramai orang lagi untuk membunuh diri. Ramai di kalangan mereka memilih untuk mengantung diri dan tidak kurang daripada mereka bertindak dengan meminum racun! Hutan yang sunyi dan bertemankan bunyi cengkerik ini menjadi tempat paling sesuai bagi rakyat Jepun untuk menamatkan riwayat mereka yang kononnya ia adalah sebuah tempat yang suci.

Hanya tinggal rangka.

DIFILEMKAN
Pada tahun 2010, Filem berjudul The Forest arahan Shan Serafin mengisahkan roh yang membunuh diri di Aokigahara menghantui seorang model.

Lebih awal sebelum itu, pada tahun 2004, filem Jyukai: See of Trees Behind Mt. Fuji arahan Takimoto Tomoyuki yang  mengisahkan 4 sekawan membuat keputusan gila untuk membunuh diri di Aokigahara. Tomoyuki memberitahu media ketika satu temubual,, bahawa beliau menjumpai sebuah dompet yang terisi dengan duit sebanyak 370,000 yen (3760 dollar Amerika) ketika penggambaran di sini. Ia tidak berakhir di situ, beliau juga menemui bermacam-macam barang seperti kad kredit, lesen memandu dan pas keretapi yang beliau mempercayai adalah milik si pembunuh diri.

Mereka tidak sempat untuk 'mengemas' barang-barang mereka.
 
P/S : MAAF KALAU GAMBAR-GAMBAR DIATAS MENGERIKAN ANDA .
THANKS KPD LIYANA SYAFIQAH KERANA SUDI KONGSI ENTRI NI :)

13 April 2011

Klinik guna rokok rawat kanser


SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.

JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP

12 April 2011

Menarik! Ada Universiti Blogger Malaysia!


 Weyh , ada UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA lah !!! menarik ni... sejak aku praktikal , dah lama tak makan dengan asgmnt ! KAHKAHKAH .  jom ramai-ramai kita lapor diri dalam universiti yang baru sahaja ditubuhkan . :) 


Dah dapat 1st agmnt dari UBM ni , mari perkenalkan diri aku :) Sesi Orentasi ....hihihihi .. 


Yang ni lah banner UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA ... 



First , nama saya Syazwani Bt Mazlan (malu2 kucing niee.... sesi mengorat dah bermula :p )
Umur ? dah tahu kott....eceeyyh..
Nama blog saya , dulu ' Apa Kata Hati? ' sekarang dah tukar kpd nama sendiri je lebih afdal katakan.. " SYAZWANI MAZLAN" boleh jugak panggil SM jee.. miaahahahaa :p
Mula berblog sejak tahun JUNE 2009, bulan JUNE tu jugaklah bulan kelahiran saya ..hehehe..





Stop mengenai diri saya , So , kita buat sesi pndangan pula yekk... Mengenai dunia blog masa kini. Kalau nak diikutkan , sudah banyak blog-blog yang telah ditubuhkan . Kebanyakkannya menceritakan tentang diri sendri (personal) , politik , isu semasa dan lain-lain lagi. Yang saya lihat mengenai dunia blog sekarang , kebanyakkan bloggers nak untung . Maksudnya melalui berblog ni , dapatlah jugak duit sampingannya kan? :) macam saya lah kot? KAHKAHKAH :P





Ok , pandangan saya mengenai IPTA maya yang baru sahaja ditubuhkan , saya agak teruja juga baca artikel mengenai benda baru ni. Biasalah manusia, kalau benda baru , mesti nak cuba . Tapi janganlah cuba benda yang bukan-bkan pulak kan? hihihi.. Memang menarik Universiti Blogger Malaysia ni .Kali pertama dengar/ tahu . Apa-apa pun banyakkan lagi 'assgmnt2' yang best2. Duit LOAN , jangan lupa bagi yee...hihihi.. 



Sekian . Harap terimalah pelajar seperti saya ..hihihihi :p

Bloggers yang lain , boleh join tau.. cepat2.. kita buat asgmnt sama2 ..:p Info lanjut di bawah ni ... :)

Bersempena dengan pembukaan rasmi Universiti Blogger Malaysia, pihak pengurusan sangat mengalu-alukan kehadiran para siswazah sekalian. dan bersempena itu juga, pihak pengurusan ingin mengadakan satu Minggu Orientasi sebagai pembuka acara bagi universiti kita ini.

Macam biasa lah. tak kenal maka tak cinta. so, untuk minggu orientasi ini, pihak universiti hanya ingin para siswazah sekalian untuk memperkenalkan diri anda masing-masing. berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) :

  1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
  2. nama anda dan nama blog anda.
  3. sejak bila mula berblog.
  4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
  5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 13 April 2011 (rabu)

Pendapat terbaik akan dikongsikan sebagai entry khas di UBM. Selain itu, anda juga boleh mengajak rakan-rakan yang lain menyertai Minggu Orientasi ini dan sekaligus menyertai universiti kita ini dengan menyebarkan kepada mereka mengenai perkara ini (tag).

UBM : sila tinggalkan link penyertaan orientasi anda didalam ruangan komen.

Ibu suka makan kusyen sofa




BRADENTON, Amerika Syarikat (AS)
- Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.
Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah. 

Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal. 



"Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," katanya. 



Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu. - Agensi

Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy

Boleh dapat cenderamata dari luar negara woii..siapa yang taknak kan? free je..cuma nasib yang tentukan.hihihi. Jom2 masuk segmen ni... :)

Beliau akan buat europe trip iaitu ke belanda, austria, germany dan italy. pulang pada 21/4/2011.

Peluang untuk dapatkan cenderamata dari europe. Tapi hanya 5 orang pemenang sahaja yang akan mendapat hadiah. 4 orang akan mendapat satu cenderamata dari negera yang berbeza. Maksudnya seorang akan dapat dari Italy, seorang akan dapat dari Belanda, seorang akan dapat dari Austria dan seorang lagi akan dapat dari Germany.

Pemenang istimewa iaitu yang ke-5 akan mendapat keempat-empat cenderamata dari keempat-empat negara. Pemenang ke-5 akan dinilai melalui google analytics and nuffnang refferal. Siapa yang dapat menjadi refferal paling tinggi mulai hari ini, 11/4/2011 hingga 21/4/2011. Dialah pemenang. So, promote entry korang pasal segmen ni ok.

4 pemenang di atas akan dikira melalui cabutan bertuah yang akan beliau buat sejurus pulang ke bilik semula. So, kalau rasa kurang bertuah, sila la promote entry korang tu agar dapat pemenang ke-5.


1. Buat entry bertajuk "Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy"


2. Letak hearder diatas dan linkkan ke entry ni.


3. Review Segmen nie


4. Letak link entry korang di ruangan comment.


5. Done! Mudah kan. 


 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol